Buffet Ramadan Shah Alam : The Venue Seksyen 15


Ini merupakan tahun kedua aku berkesempatan untuk merasai juadah buffet ramadan yang dianjurkan oleh The Venue yang terletak di  Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15 Shah Alam. 



The Venue Lokasi Acara Di Shah Alam 

Kalau nak tahu, pada hari biasa tempat ini merupakan lokasi pelbagai acara terutamanya dewan untuk majlis perkahwinan. 




Ada perbezaan atau tidak tahun ini? Of course ada! Jauh lebih menarik ya dan pilihan pun semakin banyak. Pendek kata kalau korang makan dekat sini memang selesa.



Pelbagai Kemudahan 

Sebab apa? Meskipun terletak di kawasan perindustrian namun kemudahan yang ada memang mencukupi. Sebagai contoh, dalam satu masa ianya mampu memuatkan hampir 1000 orang dalam satu masa, mempunyai ruangan solat, kemudahan parkir dan dewan yang berhawa dingin. Saat korang masuk ke dalam, korang seolah-olah berada di 'dunia' lain yang cukup indah dengan dihiasi lampu chandelier. 

Pelbagai Pilihan Menu 

Tahun ini, The Venua memperkenalkan menu bertemakan 'colours of ramadan'  yang cukup pelbagai seperti kambing golek, aneka nasi - Nasi Briyani Bukhara, Nasi Arab, Nasi Tomato & Nasi Minyak, Ayam Cili Padi, Rendang Ayam, Ayam Percik, Ayam Kerutuk, Daging Gulai Kawoh, Daging Briyani, Daging Masak Lemak Cili Padi, Siput Buluh dan banyak lagi. 











Harga Buffet Di The Venue 

Selain itu, aku tertarik dengan aneka 'cucuk-cucuk' steamboat yang disajikan dengan aneka sos. 








Kuih-Muih? Jangan cakaplah! Memang ada pelbagai jenis kuih-muih melayu untuk dicuba. Secara keseluruhannya memang selesa dan harga yang ditawarkan cukup berpatutan dengan kadar harga : 

RM55.00 untuk dewasa
RM30.00 untuk kanak-kanak (7-12 Tahun)
*Bawah 7 tahun percuma

Buffet disini akan bermula pada 6 Mei hingga 1 Jun 2019 dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam dengan tarikan  persembahan dari live band sepanjang ianya berlangsung. So, jangan lepaskan peluang ini, booking sekarang ya! 


Untuk Tempahan dan sebarang pertanyaan :-
Tel : 019-8585 825

11 comments:

Hasif Hamsyari said...

Fuh memang berbaloi sangat buffet dia dengan harga RM55 tu! Tengok gambar-gambar tu pun dah buat perut berkeroncong tapi itulah. Kalau saya ni selalunya rambang mata pilih makanan padahal boleh isi sikit je pun. Bolehlah nanti cuba ke sini pulak. XD

Farhana Jafri said...

Decoration cantik, ruang berbuka luas, menu pun banyak yang best dengan harga mampu bayar. Terliur tengok Nasi Arab dengan Nasi Briyani dia.

5 Little Angels said...

My children loves to eat steamboat. The price is affordable for me to bring my family and friends there to dine-in together.

Lin Liena said...

banyaknya menu,sedap2 nampak tu..mesti kenyang makan kat sini kan hihi..bolehlah bawak family ke sini,harga pun berpatutan sangat

cindyrina said...

Kenapa baru Lepas pun Rasa macam nak makan lagi ni. Gambar nampak sedap. Masak Lemak dengan rendang Tu nampak best. But nak pegi jauh la untuk saya. Orang Shah Alam untungnye.

kitepunye said...

nasib baik dah berbuka puasa kalau tak mahu pi call and booking untuk berbuka nanti . hahahaha.. tergugat keimanan ku ye

budakbandunglaici said...

wah murahnya harga buffet ramadan kat the venue shah alam. ingatkan mahal sampai dekat seratus. fuh dah la hidangan berbuka puasa tu banyak jenis. ada kambing, ayam, daging lagi. eh seafood pun ada. memang berbaloi sangat kalu datang berbuka kat sini dengan ahli keluarga ye

Hanny Abdullh said...

Bestnya uoll dapat pergi. Sis tercicir huhuhu. Tengok hidangan dia cam sedap-sedap je kan, harga pun still berpatutan. Nanti nak try jugaklah berbuka kat sana

Mimie said...

Banyak juga menu untuk buffet ramadhan ye. Semua nampak sedap belaka. Baru terasa suasana Ramadhan tu kan. Kuih muih tradisional pun ada. Harga buffet pun affordable dan murah untuk dewasa dan kanak kanak.

Dik Bee said...

Paling suka siput sedut weii.. besau-besau siputnya. Pastu shell out pun sedap sampai lupa dekat kambing. Selalu kalau buffet ramadan kambing aku tuju dulu. Harga pun berbaloi.. hehe

Emi said...

Bestnyaaa. Emi tak dapat join preview haritu sebab kebetulan balik kampung. Tapi tengok menu kemain semua best. Nanti nak suggest kat kakak emi untuk berbuka adik-beradik kat sini.