Total Pageviews

Buffet Ramadan Sedap Di Selangor : Dorsett Grand Subang

Dorsett Grand Subang tak pernah mengecewakan dari segi sajian yang disediakan. Baik dari segi harian mahupun festival segala-galanya bagi aku memang sedap termasuklah untuk Ramadan ini. 


Lebih Dari 100 Menu Tersedia 



Dengan tema Semarak Rasa Ramadan, lebih dari 100 menu telah diperkenalkan dimana bagi aku ianya sesuai dikategorikan sebagai premium. Sebab apa? Baik dari segi dekorasi dan rasanya memang sedap! Malah aku boleh cakap semuanya mencuri perhatian pengunjung. 






Pelbagai pilihan untuk korang cuba sendiri antaranya adalah kambing golek berempah bersama Nasi Arab Mandi,  Sup Tulang Gear Box, Gulai Tempoyak Patin, Rendang Tok dan banyak lagi! Oh suka untuk aku highlight mengenai putu piring dia, sedap weh dan very klasik rasa dia! 





Kemudahan Yang Selesa 

Kemudahan disini? Jangan cakaplah sebab segala-galanya lengkap dan selesa seperti kemudahan surau dan juga ruangan parkir. Untuk korang yang ingin berbuka dekat sini, perlu diingatkan ya terdapat dua pilihan harga bagi dua lokasi di Dorsett Grand Subang. 

Dua Pilihan Harga 

Dimana untuk Terazza Braseseri harganya adalah RM165 nett untuk dewasa dan Melati Room pula adalah RM155 nett untuk dewasa. Sama seperti Dorsett Putrajaya, disini juga ada pakej Ramadan termasuk sahur dan berbuka iaitu harganya adalah RM370 nett untuk dua orang. Berbaloi kan?

Jadi untuk korang yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah hubungi dan klik 

Tel : +60350316060 ext 1912
Email :bookfnb.subang@dorsetthotels.com

No comments: