Total Pageviews

Pengalaman Bersahur Di Dorsett Hotel Putrajaya

Lanjutan dari artikel aku tempoh hari, this time aku nak berkongsi dengan korang mengenai pengalaman menginap di Dorsett Hotel Putrajaya dan pakej bersahur yang turut disediakan disini. 

Pengalaman Menginap Di Dorsett Putrajaya 





Sebelum itu, meh aku kongsikan dengan korang mengenai pengalaman menginap disini. Jujur aku cakap menyesal tak check in awal sebab bilik dia selesa sangat dan berlatarbelakangkan Masjid Besi Putrajaya. 




Bilik yang aku stay tu ala-ala upgrade sedikit so memang selesa dengan pelbagai kemudahan seperti bath-tub, coffee maker, sofa, luas dan pendek kata segala-galanya ada. Okay yang itu dibilik , macam mana pula dengan kemudahan hotel? 

Lokasi Strategik

Cukup strategik lokasinya! Manakan tidak, dibawah hotel terdapat Starbucks dan juga pasaraya, di hadapan bangunan hotel pula terletaknya masjid dan hotel sendiri berada di kawasan tumpuan, segala-galanya ada disini. 

Pakej Bersahur 

Sempena dengan bulan puasa ini, Dorsett Putrajaya menyediakan pakej khas untuk berbuka dan bersahur dimana dengan harga RM320 korang boleh dapatkan kedua-duanya termasuklah penginapan 2 Hari 1 Malam. 



Macam tempoh hari, aku memang sahur lambat so dah cakap dengan petugas hotel nak bersahur jam 5 pagi. Tepat pkul 4.50 pagi aku bangun dan saja tunggu staff dorang tekan loceng bilik. Tepat pukul 5 pagi dorang tekan loceng, Fuhh tabik! 

Juadah Waktu Sahur 

Untuk menu sahur tu, dorang hantar set bento ke bilik aku, kemain kenyang weh! So apa yang ada dalam bento tu? Satu set sandwich beserta buah-buahan, segelas jus oren, nasi putih bersama dua pilihan lauk iaitu tomyam dan ayam paprik. Sedap! Terima kasih kepada Dorsett Putrajaya yang sentiasa terbaik melayan pengunjung mereka dari dahulu.

Jadi kepada korang yang ingin tempah dan rasai pengalaman macam aku silalah buat tempahan dengan segera bermula dari 8 Mei hingga 2 Jun 2019, dan aku highly recommend! 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut hubungi : 

Tel : +603 8892 8388 

email :  fnb.putrajaya@dorsetthotels.com

No comments: