Total Pageviews

Lulu Hypermarket Tempat Shopping Raya Murah 2019

Dah bersedia untuk berpuasa semua? Memandangkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan, aku nak kongsikan satu tempat yang korang boleh buat persiapan awal untuk berpuasa nanti. 



Promosi Di Lulu Hypermarket

Sama macam tahun sebelum ini, apa kata korang shopping sahaja di Lulu Hypermarket yang sememangnya begitu dikenali kerana menawarkan harga promosi yang tiada tandingannya. Kali ini, bersempena puasa kelak, Lulu sekali lagi mengadakan promosi kaw-kaw! Korang bayangkanlah harga sedia maklum murah + promosi tak ke giler murah?



Walaupun jauh dan review, jujur aku cakap Lulu memang murah kalau dekat dengan rumah memang aku habiskan masa shopping dekat sini. 







Okay berkenaan promosi, Lulu telah mengadakan dua promosi secara serentak iaitu Jualan Ramadan yang kini telah bermula sehingga 10 Jun dan jualan Bazar raya sehingga 21 Mei. 

Promosi Jualan Ramadan 

Bercakap mengenai jualan ramadan, apa yang korang perlu tahu? Barangan dan produk seperti pakaian, kasut, beg tangan, elektronik/IT, telefon bimbit, barangan rumah, barangan hiasan, permainan kanak-kanak dan bagasi berada dalam promosi sehingga 70%. 



Yang menarik perhatian disini adalah barangan runcit seperti kelengkapan berbuka dan bersahur yang memang murah! Sebagai contohnya, aneka kurma yang ditawarkan dekat sini hot sale sebab ianya pelbagai dan fresh depan mata korang. Pilih jer nak dalam kotak atau secara timbang! 





Kalau rasa nak beli makanan sedia masak, dekat sini ada kafe yang menjual pelbagai makanan panas untuk berbuka nanti. 



Pengalaman aku, nasi beriani, karipap telur, aneka ayam dia memang sedap tak dinafikan! Malah jus dia fresh sangat pernah sekali tu banyak kali aku refill sebab sedap. 







Nak cari baju raya ala-ala Bollywood? Inilah tempatnya sebab di bahagian saree ada kain yang disediakan khas untuk buat baju kurung. Cantik dan berpatutan! 

Promosi Bazar Raya 



Mentgenai bazar raya pula, pelbagai kelengkapan raya seperti kelengkapan rumah, elektrik dan banyak lagi diletakkan dalam harga promosi. 







So untuk korang yang nak beli barang-barang untuk balik kampung, open house atau buat kuih boleh je datang ke bahagian ini. 


Dream Drive Contest (1 Mei – 1 September 2019) 


Berita baik untuk korang yang shopping dekat sini sekarang tengah ada  Peraduan “Shop & Win”. Hadiah dia apa? 2 biji kereta Proton X70 weh! Tahun lepas pun ada tapi tahun ni lagi best hadiah dia. Selain itu hadiah-hadiah seperti Apple iPhone 7+, UHD LED TV dan voucher Lulu juga tersedia. caranya? 

1. Belanja minimum RM75 didalam satu resit Lulu Hypermarket & Department Store (resit mestilah diantara tarikh promosi sedang berlangsung) 

2. Dapatkan kupon cabutan bertuah. 

3. Isikan maklumat diri di kupon tersebut. 

4. Masukkan didalam kotak yang disediakan. 

Terdapat 2 sesi cabutan iaitu pada 5 Julai 2019 dan 6 September 2019. Keterangan lanjut boleh rujuk pada info bawah ya. 

Ingat murah, ingat Lulu!! 

LuLu Hypermarket, 
Lot 159, 
Persiaran CapSquare, 
Off Jalan Munshi Abdullah 
50100 Kuala Lumpur 

Website : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 

No comments: