Total Pageviews

Pool KLCC & Menara KL View - OYO Homes Expressionz Suite


Dah macam trend dimana kebanyakan pelancong mahupun pengunjung gemar memilih hotel yang mempunyai kolam 'infinity' apatah lagi yang menghadap pemandangan yang begitu cantik. 



Aku perasan trend ini sejak 3 tahun yang lalu dimana kebanyakan daripada mereka akan memilih hotel yang mempunyai kemudahan ini dan berdasarkan pengalaman aku sendiri terdapat beberapa hotel yang tersenarai dalam kelompok ini. So, memandangkan Kuala Lumpur sebagai pusat tumpuan utama, of course la menara pencakar langit seperti Menara KL dan KLCC menjadi pilihan utama bukan? 

OYO Punyai Aplikasi Sendiri 



Untuk itu, aku nak kongsikan dengan korang hotel yang mempunyai 'pool view' KLCC dan Menara  KL ini dengan jelas. Perkenalkan OYO Homes Expressionz Suite yang terletak di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. 




Sebelum itu, aku agak mesti ada diantara korang yang familiar dengan OYO bukan? Kalau nak tahu OYO ini merupakan rangkaian hotel terbesar di dunia malah di Malaysia sendiri terdapat lebih dari 250 rangkaian hotel terutama di Kuala Lumpur, Penang, Johor, Kelantan, Pahang dan Melaka. 

Selain itu, OYO ini mempunyai aplikasi mereka sendiri di Google Play dan App Store. Jujur aku cakap, aku sendiri memang sudah lama menggunakan OYO malah sering kali menggunakannya untuk booking hotel di saat akhir dengan kadar yang murah. 

Jika sebelum ini, aku hanya tempah bilik OYO Room, kali ini nak rasa puas sikit dan ambil mood Ramadan sebelum tiba terdahulu, aku tempah OYO Homes dan pilih Expressionz Professional Suite yang cantik lagi unik ini! 

Pengalaman Di - OYO Homes Expressionz Suite 

Setiba nya Expressionz Suite , aku dengan member park kereta dekat luar sebab kalau nak parking dalam, kena deposit RM200. So dekat situ ada lobby dan receptionist yang akan bantu korang. Too bad untuk aku sebab aku punya layanan tak berapa mesra. So what to do? Korang boleh je report pada OYO punya customer service dan dorang akan take action. 


Berbalik pada pengalaman, kalau nak tahu dekat sini ada dua tower dimana ketinggiannya mencecah 41 tingkat dan OYO Homes aku terletak pada tingkat 23. Buka sahaja pintu, fuhh! cantik weh rumah dia apatah lagi ruang tamu dia ada tingkap kaca besar yang menampakkan pemandangan sekitar Titiwangsa.






 Dekat rumah ini bentuknya ala-ala studio house dan turut dilengkapi sebuah bilik. 





So bilik aku pun cantik! Menghadap pemandangan KLCC dan Menara KL 




Kemudahan  OYO Homes Expressionz Suite 



So kemudahan apa yang ada dalam OYO Homes ini? Apa yang aku cakap ianya tidak ubah seperti sebuah rumah yang cukup lengkap dan cantik! Antara kemudahan yang disediakan adalah

  • Wi-Fi percuma 
  • Ruangan Dapur 
  • Cerek
  • Meja Kopi 
  • Berhawa Dingin dan banyak lagi! 

Tapi perlu diingatkan dekat sini air mineral dan kopi tak disediakan. Tapi korang jangan risau sebab dekat bawah ada je vending machine dan kafe untuk korang lepak. 


Kolam Renang Infinity Pool View KLCC & Menara KL 




Sebelum aku cerita dengan lebih lanjut mengenai kolam renang dia yang terkenal ini, dekat sini ada pelbagai kemudahan yang serba moden! Contohnya ada 

  • Sky Lounge 
  • Sky Dining 
  • Floating Lounge 
  • Eco Kitchen (Cafe)
  • Kid Play Room 
  • Jacuzzi
  • Taman Permainan 

Bercakap mengenai kolam renang pula, dorang ada pelbagai jenis kolam renang yang menarik! Ini termasuklah infinity pool di tingkat 41 yang menghadap Menara KL dan KLCC. Too bad aku tak berkesempatan untuk mandi sebab member dah balik awal, so sempat ambil gambar je. 





Anyway dorang ada dua infinity pool satu di Tower A dan satu di Tower B. Kalau di Tower B, pemandangan berlatarbelakangkan kawasan sekitar Titiwangsa. 

Percuma RM100 OYO Money

So dah tahu kan dekat mana hotel murah yang ada infinity pool dekat KL kan ? Sila download aplikasi OYO sekarang dan korang akan dapat  RM100 OYO yang mana korang boleh gunakan untuk dapatkan diskaun disetiap tempahan di OYO. 




Bukan sahaja Malaysia malah  India, China, Indonesia, Philippines, Japan, England, Vietnam, Sri Lanka, Saudi Arabia, Dubai, dan Nepal pun ada OYO. Mudah bukan? Jangan lupa masukkan referral code ini sekali ya - KHAIFP4BN



13 comments:

miedaJaz said...

Hilang stress sekejapkan..dapat tengok pemandangan cantik.KLcc waktu malam

Qeela said...

waa bestnya sesekali tidur hotel dengan family mcm ni kan. anyway yes, infinity pool tu mmg best dan wajib ada kalau nak pergi tidur hotel hehe, sbb cantikk ambil gambar dan mmg satu family suka mandi pool hehe. Tengok dr gambar2 tu, not bad jugak yea, cantik jugak ruangan dalam bilik dan area sekitarnya tu. siap wifi mmg penting hehe. nice laa cuma sayang jugak bila dpt layanan xberapa nk bagus drp pekerja tu ek. hope mereka boleh improve lg lah lepas ni.

ajumohit said...

dah lamanya tak bermalam di hotel, swimming pool ada benda wajib kalau nak stay di hotel. itu jela pun yang anak2 suka. nak plak konsep infiniti ni ya, memang cantik viewnya

Qaseh Dalia said...

Tak pernah cuba lagi applikasi Oyo ni tapi ramai jugak guna , nanti nak try download and survey

Mahamahu said...

Huntunglah dapat menginap kat OYO home yang mewah tengah-tengah KL ni kita duduk kat rumah jer mengadap KL tower tu hehehehehe. cantik lah rumah ni bestnya....

Farhana Jafri said...

Okay dah tahu dah mana nak pergi kalau nak release stress pastu ambil gambar cantik menghadap bandaraya KL! Ada contest pulak tu, mana tau rezeki boleh menang

Syiera Firdaus said...

Bagus ye ada app Oyo ni. Memudahkan kalau nak rancang vacation. Syira pun suka juga hotel ada pool.

Nina Mirza said...

Perghhh.;tergoda dengan hotel ni. View yang cantik gini memang satu ketenangan. Bestnya kalau dpt dok sini

Siti Awadah said...

nice.. best nampak tempat ni... 1st time datang sini, done follow blog. jika sudi jemput singgah dan followback ya. terima kasih :)

Fid"s said...

Nice content, we read them all. Terima kasih daun keladi bukan daun sirih

penaberkala said...

Fuh, lawanya Homestay OYO ni. View dia tu, especially infinity pool memang worth a visit. Syiok jugak ni plan weekend getaway ke sini. Berehat sambil relaks minda

Cik Min said...

Not bad la hotel OYO ni ek. Boleh la suggest kan pada sedare mara atau kawan2 yang nak datang kl nanti

Anonymous said...

At this moment I am going away to do my breakfast,
once having my breakfast coming again to read other news.