Total Pageviews

RM1 Je Kalau Nak Masuk Kelas Najib Asaddok!

Kalau korang yang duduk di Lembah Klang macam Subang atau Shah Alam, lalu sahaja Federal Highway mesti akan terperasan Billboard seorang jejaka kacak dekat situ yang berpakaian tuxedo hitam. Selama ini aku tertanya juga siapa lah mamat ni, kenapalah muka dia ada dekat situ? 




Semua itu terjawab apabila aku diundang ke Majlis Pelancaran Roket Momentum 2019 yang dianjurkan oleh Momentum Internet Sdn Bhd. Dalam majlis itu, telah dirasmikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif nya, Najib Assadok. Nah inilah gerangan orangnya selama ini yang 'menghantui' persoalan ramai termasuk aku. 

Kenali Najib Assadok 

Kalau nak tahu, selain memegang jawatan penting dalam syarikat  miliknya, Najib juga dikenali ramai terutamanya para usahawan sebagai pakar usahawan online sejak tahun 2009 lagi. Atas pengalamannya itu dia kini turut bergelar sebagai penceramah dan penulis buku motivasi. 



Antara kejayaan yang tular adalah dia berjaya membantu lebih dari 38,000 ribu usahawan dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei dalam menempa kejayaan perniagaan masing-masing. 

Promosi Kelas RM1  



Okay berbalik dalam majlis pelancaran tadi , sebenarnya Najib ingin mengajak dan membantu 50,000 usahawan yang igin mempunyai perniagaan dan memahami teknik dan ilmu pemasaran secara online. Caranya? Mudah je weh dan aku rasa murah gilos rugi kalau korang tak grab peluang ini.  Sebabnya korang hanya perlu mendaftar masuk ke kelas yang dikenali sebagai Roket Pemasaran Momentum dengan harga yang berjumlah RM 1 SAHAJA! untuk 1000 orang terawal!! 

Trivia Kelas Roket Pemasaran Momentum



To be honest, pertama kali masa aku dengar mengenainya, dorang ni scam ke? atau menjadi ke? Maklumlah pengalaman lalu membuatkan aku fobia. So bila dah tahu mengenai penerangannya kelas ini bukanlah satu scam sebaliknya ini peluang untuk korang menambah ilmu. Dengar cerita usahawan terkenal dan selebriti tempatan pun pernah sertai kelas Najib Assadok ini. 

Untuk kelas Roket Pemasaran Momentum pula, ini antara yang korang perlu tahu : 

  • peserta akan diajar menggunakan teknik pemasaran online 
  • Formula Online Rocket Marketing yang dikelolakan oleh Momentum Internet ini antara medium yang akan diketengahkan 
  • 50,000 peserta dipilih bersempena ulang tahun ke-5 Momentum Internet Sdn Bhd.
  • Yuran cuma RM1
  • Bertemakan 'Nak Tarik Pelanggan' 
  • Kelas akan diajar dalam serba menarik dengan pelbagai teknik yang tidak membosankan 
Menarik kan? So ingat disebabkan promosinya cuma RM1, tiket ke kelas ini khabarnya mendapat sambutan hangat dan kini 'selling fast' . Oleh itu, jangan lepaskan peluang ya dan daftar sekarang di 

1 comment:

Sis Lin said...

RM 1 memang berbaloi-baloi, Sis ada buku copywriting dia..habis dah baca dan banyak tips dia Sis buat untuk panduan mengarang blog...