Korang Tolonglah Rasa Ayam Gangjeong Marrybrown!


Kalau sebelum ini korang pernah ada ras was-was nak makan Marrybrown, risau tak sedap ke apa aku syorkan korang cari cawangan berdekatan dan cuba aneka menu diorang terutamanya Ayam Gangjeong yang terbaru. 





Ayam Gangjeong Yang Terbaru Sedap!


Sebagai seorang yang cerewet pasal makanan, aku 'approve' menu terbaharu ini sebab rasanya cukup sedap. Manis-manis pedas, ya itulah rasa yang korang akan dapat untuk suapan pertama Ayam Gangjeong. 



Pelbagai Pilihan


Kalau korang nak tahu Ayam Marrybrown telah disaluti dengan gabungan mantap sos pedas kemanisan. Korang boleh memilih untuk menikmati sama ada dua atau tiga ketul ayam dari Kombo Ayam Gangjeong yang bermula dengan harga RM 17.90. 





Tak suka ayam? boleh jer dapatkan burger yang dihidangkan dengan charcoal bun iaitu Kombo Burger Gangjeong yang bermula dengan harga RM 15.90. Semua kombo ini disajikan dengan Potato Wedges dan segelas Coca-Cola.



Nak try semua macam aku? Yang tak reti kenyang? Haha! Boleh dapatkan kedua-dua Ayam Gangjeong dan Gangjeong Burger menerusi Gangjeong Box. Set kombo ini dilengkapkan dengan Burger Gangjeong dan dua ketul Ayam Gangjeong, juga termasuk segelas Coca-Cola dan Potato Wedges, yang berharga RM 25.80. 





Yang suka nasi pula order je  Marrybrown rice bowl.Bermula dengan harga RM 11.90, Kombo Gangjeong Rice Bowl didatangkan dengan nasi kukus dan potongan ayam. 


Lebih 1,000 Set Hidangan Dijual Pada 4/4



Menariknya, Marrybrown telah menawarkan promo ekslusif kepada penggemar yang bersemangat untuk mendapatkan menu tersebut melalui pra-pesanan Shopee pada 4 April (4.4) yang telah jual lebih daripada 1,000 set hidangan pada hari tersebut. Sebagai info, Marrybrown kini mempunyai berjuta pengikut pelanggan dan lebih daripada 500 restoran yang terdapat di 16 buah negara.


Untuk info lanjut lagi korang boleh layari : 

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: MarrybrownTV

Delivery: http://mbdelivery.com.my 



13 comments:

Shafyqah Azahar said...

aduhhh nak kena try jugak ni

Rawlins GLAM said...

Maknanya tak perlu nak 'kancheong' ye bila makan menu baharu nie? Orait. Maybe weekend nie boleh try berbuka puasa dengan menu nie la kot

Ezna Khalili said...

Anak dah try dah. Disebabkan nampak post kawan2 blogger yang promote ayam ni terus la sis ke MarryBrown. Anak sis ni suka ayam ni.

ummie zarra said...

Aduhhh sedapnya khai. 1st time ajak family try memasing suka pulak dgn menu bru MB ni.

Kitkat Nelfei said...

Nampak sedap ye flavor ni.. Wahh tak sabarnya nak order ni for iftar petang ni.. 🤤🤤 Thanks recommend ni ye Khai...

Sis Lin said...

Rasa macam sebelum ni ada juga kan keluar Ayam Korea? Macam pernah makan, cuma lain ek yang ni? Nak kena cuba ni.. aishhh mengundang betul..

AyuArjuna BiGoshh said...

memang sedap giler ayam MB baru ni..puas hati dengan rasa pedas manis cam tu uishhh

Decamellia said...

Uwahhhhhh menarik sungguh menu Marrybrown terbaru ni. Boleh buat list berbuka puasa

Nadia Johari said...

Dia dh sampai korea pulak ye.. Nanti nak buka puasa marrybrown.. Nampak sedap pulak.. Rasa pedas tak.. Hehehe.. Banyak menu dia ni. Haritu menu apa ya tak sempat rasa

siennylovesdrawing said...

wowo...I am gonna dropping by the nearby MB to enjoy this new menu, I wanna grab that burger combo :D yum yum, cheers, siennylovesdrawing

Wan Syahida said...

Bestnya ! Saya suka jugak makanan Korea ni. Bagi cuba2 sebelum pergi sana betul2 😆 Tapi pedas dia kadang2 tak tahan.

Zaza Azman said...

Wahhh marry brown pun dh Korean juga.. Alangkah baik nya kalau Ada marry brown area Sungai buloh. Haha jauh benor Nak Cari marry brown

Zurainny Ismail said...

Nampak mcm sedap, tapi MB di KK ni cuma ada kat KKIA ja...