Total Pageviews

200 Pilihan Berbuka Di Bangi Golf Resort | 200 pilihan berbuka ? Banyak kan ? Bangi Golf Resort Restaurant telah memperkenalkan menu - menu buffet sempena Ramadhan nanti kepada para media dan blogger baru - baru ini. 

Buffet ini akan bermula pada 21 Jun hingga 15 Julai 2015 yang boleh Budak Pacak katakan antara buffet yang terbanyak dan murah dalam senarai 30 port makan Blog Budak Pacak. Haa mana tidaknya, dengan buffet sebanyak 200 pilihan ini, harga untuk dewasa hanya RM 55 dan RM 27 untuk kanak - kanak. Tak ke murah tu ? 





Terdapat pelbagai sajian yang disediakan baik dari aneka makanan tempatan sehinggalah ke barat.Budak Pacak difahamkan terdapat beberapa tarikan menu yang wajib korang cuba dan lihat sendiri . Antaranya Kambing Bakar yang dipanggang secara perlahan di atas bara api, Sup Kambing Mamak , Sate Daging dan Ayam yang dihidangkan bersama kuah sate kacang yang sentiasa mendapat sambutan setiap tahun , kway teow goreng dan mee goreng mamak yang digoreng panas depan korang.




Di sini buffet dibahagikan mengikut menu. Untuk bahagian western appetizer pulak , Budak Pacak cadangkan korang untuk menikmati Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Nampak biasa , tapi bila dah makan pergh sampai hirup mangkuk . hahaahaha.  Kalau nak tau hidangan ini sentiasa menjadi tumpuan dan chef disini bersedia untuk menyediakan tambahannya. 










Sudut menu utama tempatan pula menyediakan menu tarikan seperti Butter Prawns , Teriyaki Chicken, Black Pepper Beef dan Fish Fillet dengan Sos Serai , Sambal Sotong Kembang , Ayam Masak Ros dan Rendang Daging Tiak Minyak . 

Manakala untuk pencuci mulut, korang wajib cuba Aiskrim Pacojet dengan rasa unik Teh Tarik , Tembikai Susu dan Bunga Kantan yang amat digemari pelanggan BGR . Datang dan cuba rasai sendiri keunikannya ! 




Selain itu, jangan lupa untuk cuba Station' Spanish Curro dengan kuah coklat yang pekat dan padat. Kiteorang siap tapau kot bawa balik sebab ketagih haahaha. Dekat sini memang banyak gila pilihan yang korang boleh rasa dan jangan lupa untuk mencuba Infused Chocolate Ganache Tartlet sebab menurut chef disini, ini adalah ciptaan eksotik dorang untuk tahun ini. Budak Pacak pun terlupa nak tangkap gambar dia sebab banyak gila makanan dekat sini sampai rambang mata 

Thank you for having us here ! 


Sambil  - sambil makan dekat sini, korang bakal dihiburkan dengan alunan muzik melayu Traditional dari 6.30 petang hingga 9.30 malam. Dekat sini semua ada, bak kata orang lengkap lagi selesa. Dengan dewan makan yang besar , 800 tempat letak kereta percuma, surau lelaki dam perempuan disediakan khas untuk keselesaan pengunjung 

Jadi cepat - cepat buat tempahan sebab setiap tahun , tempat ini sentiasa dipenuhi orang ramai. Untuk maklumat lanjut hubungi 

Tel : 603 8925 3728 & 603 8210 0265 
Email : bgb.bangigolf@gmail.cim 


200 Pilihan Berbuka Di Bangi Golf Resort

by on 9.6.15
200 Pilihan Berbuka Di Bangi Golf Resort   | 200 pilihan berbuka ? Banyak kan ? Bangi Golf Resort Restaurant telah memperkenalkan menu - ...
Program YES Shaklee  | Baru - baru ini Budak Pacak dan beberapa orang blogger telah dijemput khas oleh Hai Blogger! dan Shaklee untuk sesi pertukaran idea dan lawatan ke HQ Shaklee. Budak Pacak sendiri first time datang ke HQ dorang, kalau sebelum ni banyak dengar nama je tapi tak tahu apa produk dorang dan function nya . Beruntung juga dapat kenal orang kuat Shaklee ni, selain dapat tahu lebih info mengenai Shaklee 





Pada sesi yang lepas, Shaklee telah perkenal satu lagi program kemasyarakatannya iaitu Shaklee Cares for Our Youth bagi meneruskan usaha kemasyarakatannya dalam memberikan kesihatan yang lebih baik untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja.  

Program yang digelar YES (Youth Entrepreneur System) ini khas  untuk golongan belia
Shaklee Cares for Our Children di bawah Shaklee Cares. Program ni khas untuk korang yang bergelar belia yang berminat dalam bidang keusahawanan dengan modal yang rendah tetapi hasilnya confirm dapat pulangan yang berganda 



Shaklee ni untuk pengetahuan korang menawarkan rangkaian produk yang Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam haa dan untuk itu, Shaklee Malaysia telah merangka Pek Kesihatan di bawah program YES iaitu Healthy Young Living, Healthy Fitness, Healthy Prenatal dan Healthy Postnatal bagi golongan belia yang aktif, ibu bekerja dari rumah dan semua golongan yang mencari peluang kerjaya dan kesihatan yang lebih baik.


Mr Victor Lim , Presiden Shaklee Malaysia 


Tak ada pengalaman ? Takut nak sertai program keusahawanan ? Jangan risau, YES program menawarkan peluang menjana pendapatan beserta latihan kecerdasan emosi (softskills), latihan produk dan barisan mentor berjaya untuk merealisasikan impian korang memiliki sebuah perniagaan sendiri.







Untuk pengetahuan korang  Shaklee Cares for Our Women bakal dilancar dalam tahun ini juga so memang banyak gila event kemasyarakatan dan charity Shaklee telah anjurkan. Budak Pacak difahamkan yang kalau korang ada niat atau impian untuk membuat program yang berupakan kemasyarakatan atau charity dan berminat untuk mencari penaja, Shaklee sentiasa mengalu - alukan idea bernas korang. 




Jadi jangan lupa singgah HQ Shaklee berdekatan atau hubungi ahli - ahli dorang untuk sertai program YES ini ! Tahniah diucapkan kepada Shaklee 

untuk maklumat lanjut boleh layari www.shaklee.com.my 

Program YES Shaklee

by on 8.6.15
Program YES Shaklee    |  Baru - baru ini Budak Pacak dan beberapa orang blogger telah dijemput khas oleh Hai Blogger! dan Shaklee untuk ...
6 Tempat Makan Sedap Di Kota Bharu  |  Kalau sebelum ni banyak ikut trip yang mostly cover pasal tempat - tempat menarik , kali ini Budak Pacak bertuah kerana dijemput Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia bagi mencuba dan merasai sendiri pengalaman berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang yang boleh Budak Pacak katakan penuh dengan aktiviti makan ! Yes!! Bila balik je tengok penimbang berat naik hampir 10 kilo yer. Hahahaha terima kasih Hotel Perdana untuk perubahan ini 


Jadi dikesempatan ini, Budak Pacak list kan 6 Tempat Makan Sedap Di Kota Bharu  yang wajib korang cuba .Highly recommend! Sebab ini bukan sahaja sedap tetapi betul - betul sedap !


1. Cerana Coffee House 

Terletak di Hotel Perdana Kota Bharu, lazimnya Budak Pacak jarang sekali untuk cadangkan makan yang ada di hotel sebagai lokasi tempat makan yang disyorkan melainkan food review yang dijemput. Tetapi berlainan bagi hotel ini, sebab kesemua makanan dan tempat makan dalam Hotel Perdana Kota Bharu satu pun tidak mengecewakan 

Disebabkan terlalu rakus pagi tu, Nasi Dagang Sambal Kelapa terlupa nak ambil gambarnya. Dapat Nasi Kerabu je 


Bagi Cerana Coffee House, Budak Pacak cadangkan kepada korang, untuk mencuba Nasi Dagang Sambal Kelapa. Pernah tak korang rasa terharu sebab makanan ? It happened to me weh! Sebab rasa dia sedap sangat dan rare! Budak Pacak difahamkan yang ini adalah idea dari Encik Taha, General Manager Hotel Perdana Kota Bharu. Selalunya sambal kelapa ni dimakan bersama Nasi Kerabu tetapi ni dimakan bersama Nasi Dagang dan lauk pilihan







Menu lain yang korang boleh cuba di sini adalah Nasi Tumpang,first time cuba dan terliur sampai sekarang ! , Nasi Lemak ( sambal dia sedap ! ) dan ABC yang tinggi dan penuh dengan pelbagai campuran.  


2. Jade Restaurant 

Bila diberitahu, yang kiteorang akan makan di Jade Restaurant , sebuah restoran yang menyediakan masakan Cina dan Thai di Hotel Perdana Kota Bharu sedikit hampa pada mulanya, Yer la selalu kalau pergi restoran masakan cina tak kena dengan tekak . Kadang - kadang makanan dah cantik tapi rasa pulak tak kena. 



Tapi pekena menu pertama je di Jade Restaurant ni, haaa berebut masing - masing. Sampaikan kiteorang minta dekat waiter tu, ' Dik boleh refill lauk tak ?' Jawapan yang dapat  ' Sorry Bang, dah habis ' 





Hrmm kecewa disitu sambil makan nasi putih dengan kuah je. Hahahahaa..

Sempat juga kiteorang mencuba Ayam Goreng Kicap Berhalia , Udang telur masin, Baby Kailan Sos Soya dan banyak lagi. Wajib dan mesti cuba kalau datang sini 


3. Eleven Rooftop 

Restoran pertama di Kelantan milik Hotel Perdana Kota Bharu yang berkonsepkan rooftop view ini pastinya akan membuatkan korang begitu kagum dan berselera makan di sini, Mana tidaknya sambil makan makanan yang sedap, layan view bandar Kota Bharu memang terbaik lah! 






Korang patut mencuba aneka steamboat dan grill dia. Ingatkan bahan - bahan yang tersedia basic je, tetapi kiteorang terkejut gila sebab bahan dia banyak sangat dan terlalu rare macam pahat, mentaram , ketam , dan lain - lain lagilah. Makan pula dengan pilihan sup yang ada memang berselera habis,




Kiteorang sendiri pun duduk situ berjam - jam, Sebab leka dengan makanan yang ada.  Hampir 5 jam jugak la duduk dekat Eleven Rooftop ni. Terpukau dengan tarikannya.

4. Anjung Terrace 

Budak Pacak tak pasti kalau di Kota Bharu ada lagi tempat makan BBQ yang terbaik . Tapi kalau ditanya, Budak Pacak akan cakap di Anjung Terrace mampu menjadi antara tempat makan BBQ yang terbaik di Kota Bharu. 



Dengan pilihan makanan yang sedia ada baik dari Nasi Lemak Bungkus hinggalah ke pilihan BBQ memang terbaik kalau makan di tepi swimming pool. Kadang nampak je macam biasa seperti Nasi Lemak tu, tapi rasa dia walaweh terangkat ! Kena pula makan dengan pilihan BBQ seperti sotong bakar dengan air asam, Perghh terliur kot. 



Nasi Lemak malam tu sempatlah juga makan 2 bungkus. Tu tak kira lagi dengan otak - otak , ayam panggang, Air Kelapa Segar , Ikan Bakar dan lain - lain. Mana tak badan naik? Kehkehkeh 

5. Kedai Kopi Pak Din Tokyo 

Antara tempat yang bakal dijelajahi jika korang mengikuti Perdana Trail yang disediakan oleh Hotel Perdana Kota Bharu. Nampak diluar biasa - biasa je , tetapi bila dah masuk dan pekena dia punya signature , Budak Pacak pasti korang akan tarik balik apa yang bermain dalam fikiran korang .




Kedai Kopi yang terletak di tengah - tengah bandar Kota Bharu ini  sudah bergenerasi dan dibuka seawal 70an. Jalan - Jalan Cari Makan pernah siarkan mengenai Kedai Kopi Pak Din Tokyo yang terkenal ini 







Pilihan menu seperti Teh Tarik Dangdut, Teh Tarik Halia Telur Puyuh , Nasi Dingin, Nasi Tumpang , Telur Taliban , Telur Pingpong pastinya akan membuatkan korang terpaku dengan rasanya. Bagi Telur Puyuh dan Telur Taliban ni, kena makan dengan bahan atau serbuk lada hitam yang dibuat sendiri oleh Pak Din. Serius rindu weh nak makan , dekat KL mana nak dapat macam ni ? 


6. Restoran Nasi Ulam Cikgu 

Kalau cakap pasal Restoran Nasi Ulam Cikgu , mostly yang duduk dekat Kota Bharu tahu kot mengenai restoran ini ? Terletak berhampiran Istana Batu dan di dalam Kampung Kraftangan, restoran ini tersangatlah best ! 



Kadang Budak Pacak terfikir kenapalah dekat KL takde semua ni ? Dekat restoran ni, terkenal dengan menu - menu nya seperti Ayam Goreng , Keli Goreng , sup sayur , gulai lemak dan yang paling penting ulam - ulaman dan sambal budunya. Nak makan budu style Kelantan ada caranya bukan boleh main makan je. 




First, carikkan isi ikan, lepastu gaul bersama budu , tempoyak dan juga sambal belacan. Jangan lupa untuk perahkan hirisan limau ke dalam sambal tadi. Lepastu , ambil ulam , gaulkan dan makan dengan nasi panas. Haa terliur tak ? 






Bila makan dekat sini, kiteorang expect macam mahal la , sebab ramai orang lepas tu makanan pun sedap tapi bila diberitahu satu set hidangan untuk 4-6 orang yang merangkumi menu - menu tadi termasuk air sirap selasih atau bandung selasih cuma RM 52++ . Giler murah ! Tambah pulak untuk ulam - ulaman , sambal dan juga air korang boleh refill secara percuma. Patutlah orang ramai datang kesini sebab semuanya serba lengkap. 

Yang pasti bila datang lagi ke Kelantan, Budak Pacak akan pastikan untuk repeat datang kesemua tempat ini lagi. Manalah tahu kot - kot jodoh dengan orang Kelantan , kehkehkeh..





Jadi berakhirlah sudah perjalanan cerita Budak Pacak di Kelantan selama 3 hari 2 Malam. Jangan lupa yer untuk baca semua perjalanan Budak Pacak di sana. Dikesempatan ini Budak Pacak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia kerana menjemput Budak Pacak kesini. Satu pengalaman manis  yang tidak  akan dilupakan ! 


6 Tempat Makan Sedap Di Kota Bharu

by on 1.6.15
6 Tempat Makan Sedap Di Kota Bharu   |  Kalau sebelum ni banyak ikut trip yang mostly cover pasal tempat - tempat menarik , kali ini Budak...