Total Pageviews

Tempat Menarik di Semporna Sabah

Kalau sebelum ini korang dah baca Tempat Menarik Di Tawau Sabah, kali ini masih lagi dalam edisi #SeaYouInSabah, anjuran Sabah Tourism Board dan Gaya Travel Magazine, aku bawakan kepada korang senarai tempat menarik di Semporna Sabah






Cakap pasal Semporna, perkara pertama yang terlintas adalah pulau - pulau Sabah yang cantik untuk dikunjungi. Mesti masukkan dalam bucket list tau! Adalah menjadi satu kerugian besar apabila korang tidak kesini. 


Sebelum itu, meh aku cadangkan dulu tempat makan sedap di Semporna. Sebelum menginap di Seafest Hotel yang terletak di jeti Pelancong Semporna, apakata untuk dinner , korang menjamu selera di Restoran Warisan 

pic sumber google. * lupa nak ambil gambar lol 


Restoran Warisan ini terletak di atas laut tau. Sewaktu korang meniti jambatan ke restoran ini, kelihatan beberapa sangkar ikan air laut menempatkan pelbagai jenis ikan dan saiz sedia untuk menjadi hidangan makan malam korang. Makan sambil menikmati bayu laut. Sedap dan mengasyikkan! 



Untuk hotel, korang menginap je di Seafest hotel, mudah dan dekat je dengan jeti, Cuma berjalan kaki. Malah berdekatan dengan pasaraya dan kedai - kedai. Senang untuk korang dapatkan bekal makanan dan keperluan sebelum ke pulau . So jom kita tengok senarai pulau - pulau di Semporna,Sabah 


Pulau Tetagan 

Di dalam perjalanan korang ke pulau - pulau yang cantik di Semporna, korang akan berjumpa dahulu Pulau Tetagan yang menempatkan Sea Gypsy ataupun Bajau Laut. Sebenarnya bukanlah pulau pun, actually ianya merupakan perkampungan Bajau Laut di Semporna 




Menariknya mengenai Tetagan , masyarakat Bajau Laut terutamanya kanak - kanak akan mendayung sampan ke bot korang untuk meminta hadiah dari korang. 






Tips bila ke sini, make sure korang bawa makanan atau snek banyak - banyak dan bagi dekat dorang sebagai upah untuk ambil gambil dengan dorang dan jangan sesekali bagi duit ya!

Pulau Bohey Dulang 




Bercakap pasal Semporna, mesti ramai yang akan sebut pasal Pulau Bohey Dulang. Ada banyak cerita mengenai asal usul Bohey Dulang ni, ada yang mengatakan maksud Bohey Dulang ni adalah air dulang , ada yang bercakap pulau berbentuk dulang. Yang pasti jangan lepaskan peluang untuk kesini. So apa yang ada di Pulau Bohey Dulang ? Jawapannya adalah puncak Bohey Dulang






Dimana di atas puncak ini, korang akan dapat tengok pemandangan laut dan pulau - pulau kecil yang berdekatan yang sangat cantik ! Nak naik atas puncak tu memang tercungap - cungap weh , stamina pun tercabar. Tapi adalah satu kepuasan bila korang dapat sampai ke puncak dan mengambil gambar kenangan di atas. 



Untuk ke Puncak Bohey Dulang bayaran seperti berikut akan dikenakan 

Warganegara Malaysia : 
Dewasa 18 tahun ke atas RM 3
Kanak - kanak 18 tahun ke bawah RM 1

Bukan Warganegara : Dewasa 18 tahun ke atas RM 10
Kanak - kanak 18 tahun ke bawah RM 6


Pulau Sibuan 



1st time sampai ke sini adalah beberapa kali aku termenung sebab terpegun, terharu dengan kecantikannya. Sumpah lawa! Walaupun panas membahang , I dont care sebab dia sangat cantik dan gambar itu wajib, harus dan mesti ya! Hahahaha 





Dekat sini, selain pemandangannya yang cantik, aktiviti snorkeling jangan dilupakan. Buat korang yang tertanya Pulau Sibuan selamat ke ? Jangan risau. Ianya sangat selamat kerana terdapat pegawai tentera yang mengawal pulau ini. Malah, untuk segala aktiviti di pulau ini dihadkan sehingga jam 3.30 petang untuk tujuan keselamatan. 


Pulau Timba - timba 


Untuk kaki snorkeling, jangan lepaskan peluang ini kerana Timba  - timba Island menanti korang untuk datang dan explore sendiri kehidupan laut yang indah. Aku sempat la turun dalam 10 minit macam tu, then naik balik sebab takut hahaha. Trauma kes haritu tak hilang lagi. 



Walaupun sekejap tapi cantik weh! Bayangkan la dorang yang turun snorkeling lama - lama tu. Lagi puas! 

Untuk ke pulau - pulau disini, kebanyakkannya adalah pulau persendirian, Jadi kena ada permit atau kebenaran. Nak mudah gunakan khidmat  SMP Tours & Travel , mudah dan senang sebab hampir semua pulau di sini korang boleh lawati.  Actually kiteorang patut cover lagi dua pulau iaitu Pom - pom island dan Mantabuan tetapi kesuntukan masa malah pulau - pulau yang kiterorang cover dah jauh cukup cantik dan menarik 

Pulau Mataking 



Pulau Mataking atau Mataking boleh dikatakan syurga buat kaki diving. Buat yang ada lesen tu untunglah boleh dive tengok hidupan laut. Tetapi jangan risau korang boleh je snorkeling atau mandi - manda disini 






Macam aku tengah elok nak snorkeling sekali patah balik sebab tiba - tiba jadi takut lemas. Puii malu je . Penyudahnya mandi laut je sampai kecut. Tetap puas weh sebab airnya tersangat la jernih!




Dekat sini pun ada penempatan askar dan polis tau sambil ditemani Lobo, anjing tentera yang sentiasa menemani setiap pengunjung. Baiknya Lobo! 


Sipadan - Kapalai Island Resort 


Nak pergi semua pulau ni dalam masa sehari? Sempat ke ? Ada ke resort yang berdekatan?Untuk soalan ini aku ada jawapannya ! Apa kata korang simpan duit sedikit dan menginap di Sipadan - Kapalai Island Resort









Tidak keterlaluan jika aku cakap resort ini merupakan salah satu resort tercantik di Malaysia. Dekat sini hampir segala - galanya ada dan indah belaka. Namakan saja snorkeling, sunset dan sunrise view, nak tengok Penyu semuanya ada. 








Resort atas air ini unik tau, sebab ada mini pulau buatan dan mempunyai daya tarikannya tersendiri. Nak tahu lebih lanjut mengenai Sipadan - Kapalai Island Resort, korang kena baca next post ya! 




Terima kasih  :


Sabah Tourism Board

Gaya Travel Magazine


3 comments:

Unknown said...

TQ dengan info dan gambar yg menarik. Tahniah.

Anonymous said...

macam mana nak tngok hrga pakej ke pulau tapi untuk sehari sahaja.

Unknown said...

Macam mana kalaubnak pergi berjalan 1 hari saja...