Baju Raya Sedondon Terbaik 2018 Dari Cirgaro



Pejam celik minggu pertama puasa dah nak habis. Dan aku yakin dan pasti ada diantara korang yang dah rancang untuk buat persiapan raya kerana tidak mahu membuat persiapan di minit-minit terakhir.




Trend Baju Sedondon

Untuk tahun ini, korang dah plan ke nak cari baju dan warna apa? Selalunya kalau nak meriah, saban tahun pasti keluarga kita akan tetapkan tema warna untuk pastikan raya nanti semua ahli keluarga memakai warna yang sedondon. Kalau macam aku tahun lepas warna jingga tahun ni tak set lagi. Itulah yang merisaukan sebenarnya. Sebab apa? Tiba-tiba nanti cakap nak warna biru, ada pula ahli keluarga kita yang beli warna biru laut lah biru tua lah.

Baju Raya Sedondon Terbaik Dari Cirgaro



Kali ini, suka untuk aku kongsikan penyelesaiannya dimana sebuah jenama pakaian terkenal, Cirgaro tampil dengan idea koleksi sedondon baik lelaki mahupun perempuan,. Jadi untuk pastikan korang sedondon satu keluarga nanti, suruh ahli keluarga korang pilih warna di Cirgaro. Jadi untuk beli kemudian pun tidak ada masalah kerana di Cirgaro warna tersebut sememangnya dibuat khas untuk pakaian sedondon.



Tahun Kedua Dengan Cirgaro

Aku berani jamin kualiti pakaian Cirgaro adalah terbaik dan eksklusif. Sebabnya Insyallah tahun ini adalah tahun kedua aku akan pakai jenama ini. Tahun lepas aku berkesempatan untuk memakai Kurta Neo hasil keluaran Cirgaro dimana rata-ratanya memuji kecantikan nya. Malah fabric yang digunakan adalah selesa dan masih sedap dipakai sehingga ke hari ini. Bukan setakat kurta ya, baju melayu , baju melayu moden, baju kurung, baju kurung moden dan banyak lagi semuanya ada disini. Oh ya kalau nak cari baju raya yang trending dan hot pula ada disini tak percaya tengok Blog Putery Memory dia ada tulis pasal ini! (klik pada nama) 



Di Cirgaro, satu jaminan mereka adalah mereka sentiasa mendengar feedback customers bagi memastikan pakaian yang dipakai pelanggan memuaskan hati mereka. Malah saiz yang ditawarkan bukanlah sekadar tangkap muat  dan mereka boleh membuat penghantaran pakaian Cirgaro ke seluruh dunia.

Koleksi Sedondon Cirgaro 2018

Jika tahun lepas Cirgaro telah memperkenalkan

· Kurta Bangsawan berpasangan dengan Baju Kurung Daisy / Primadona Tunic 
· Kurta King berpasangan dengan Baju Kurung Kebaya Moden Queen.
· Kurta Neo berpasangan dengan Baju Kurung Moden Nia.
·  Kurta Teluk Belanga berpasangan dengan Baju Kurung Moden Iris
·  Kemeja Denim Couple Set

Kali ini, Cirgaro sekali lagi telah memperkenalkan couple set yang tampil dengan rekaan baru selepas mengambil kira permintaan yang sangat mengalakkan pada tahun lepas.

Untuk koleksi sedondon atau couple set 2018, perkenalkan koleksi






Couple Set & Sedondon Kurta King Luxe dan Baju Kurung Moden Rossetta  Luxe Peplum  



Baju Sedondon (Couple Set) Kurta King Luxe dan Baju Kurung Queen Luxe.



Baju Sedondon & Couple Set Kurta Moden Uno V3 dan Mini Kurung Camellia Luxe.






Baju Sedondon & Couple Set Kemeja Batik Cirgaro dan Batik Cirgaro Kebaya - Couple set batik pertama di Malaysia. 

Dimana Mahu Dapatkan Koleksi Cirgaro?


Menarik bukan semua koleksi diatas ? Untuk korang yang tertany-tanya dimanakah lokasi untuk dapatkan koleksi Cirgaro, korang boleh dapatkan di Butik fizikal mereka yang terletak di Plaza Shah Alam, Seksyen 9. 



Jika tidak, korang boleh dapatkan juga di booth mereka yang kini telah dibuka di Plaza Shah Alam dan Aeon Mall Shah Alam. Jangan lupa dapatkan koleksi ini di Cirgaro dan melaram sakan di hari raya! 


Contact No : 017-6055338

Alamat : 
Butik Cirgaro Apparel , 
Lot F4A, First Floor Plaza Shah Alam 
No. 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, 
Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Booth Raya 

Ground Floor Plaza Shah Alam 
(berhadapan Giordano) 

atau

Ground Floor Aeon Shah Alam 
(berhadapan Padini)

Waktu Operasi
10 pagi - 10 malam ,
setiap hari sehingga malam raya

19 comments:

CikLily Putih said...

ya ampun cantik-cantik belaka bajunya tapi k lily berkenan yang couple set tuh, tapi sure plak ada saiz beso ke idok kan... ermmm ni kena singgah nie

Betty Liew said...

This is cute whereby you can dress same design with your couple. I like the Kurta style and it looks modern. And the color is vibrant and fashionable.

JMR said...

Design yg menarik drp Cirgaro. Harapnya material dan harganya pun mesti yang terbaik juga. Boleh kami masok dlm list. Tak cari lagi baju raya ni..

Hanny Abdullah said...

Cantik tengok orang mengayakan baju sedondon..sis tak ada sape nak sedondong dengan sis..huhuhu. Sedondong gan anak dara sis ni aje lah..hehehe

Amanda Suria said...

Akak memang every year shopping baju kat Plaza Shah Alam ni..gigih jauh pi sini sebab banyak pilihan..bleh la akak terjah Cirgaro butik nanti..cantik baju dia..

The Smell of Coffee said...

Wahh..senang skrg ni nak cari baju cantik exclusive dan murah kat shah alam..hilma baru balik dari sana..memang betul byk pilihan..cantik2 belakonhehe

Jane Chua said...

Baju raya so nice and I wanted to have a set with my husband too. Will get it by Raya so that we could wear it when visiting Muslim friends.

Rawlins GLAM said...

Seronok bila dah makin banyak pilihan sekarang untuk baju lelaki dan wanita
Tapi at times, pening nak pilih yang mana satu kan?

Kin Naz said...

Cantiknya semua koleksi cirgaro ni. Hmm nak beli ke tidak ye hihi. Serius memang semua koleksi dia up to date. Warna dia pun tak terlalu terang.

iffah hussin said...

Baju Raya Sedondon Cirgaro nampak sangat menarik, Kalau ada pelbagai saiz mesti ramai yang akan beli, sebab semua family sekarang jadi trend baju sedondon! Kalau ke Shah Alam nanti bolehlah singgah thanks sharing info...

AyuArjuna BiGoshh said...

comelnya kalau dapat pakai sedondon hehehe..cantik2 juga rekaan baju kat sini kan semua menarik..rambang mata nak pilih

Cerita Huda said...

Tertarik la dengan semua fesyen baju untuk tahun 2018 dari Cirgaro ni. memang design yang trendy dan sesuai sangat di pakai waktu raya nanti. Nak beli la sepasang dengan suami nanti

Mrs Liez said...

First time dgr nama ni.. tp mmg cantik la koleksi baju sedondon wanita tu.. nampak ada class dan material terbaik..rekaan up to date jugak

Zharif Azis said...

Cantiknya koleksi2 dekat cigaro nie Khai. Mmg cantik sgt kalau satu family pkai sedondon walaupon certain ckp mcm kumpulan boria. Nk jugak lh usha nanti

Lia Hasty said...

Koleksi baju Dan warna di Cirgaro memang menarik Dan sesuai sangat untuk pasangan yng mencari baju sedondon di hari raya. Rekaan juga trendy & banyak pilihan. Rasa nak pergi shah alam skrg cari jenama ni.

Mimi Azirah said...

Kalau bujang x kisah sangat nak sedonson dengan pasangan kot.tapi kalau suami isteri nak nak dah ada anak memang nak sedondon.tahun nih memang sedondon dengan anak anak.suami saja tak sebab x dapat beraya sama sama. Tapi koleksi baju raya ni semua cantik cantik.

Zayani Zulkiffli said...

Sedondon la best, baru org tau kita boria satu keluarga. Trend ni pun baru je nak up balik.

Wai Yee aka Rane said...

wa macam gaya sangat. time to shopping for new clothes to the Raya. Enjoy shopping ya!

Suzlin Azreena Nordin said...

memang cantiklah. baguslah macam ni tak payah susah-susah cari baju sedondon. kebaya tu nmpak sesuai untuk mak.