Total Pageviews

Ada Nasi Kandar Saddam Dalam Buffet Ramadan WTC Kuala Lumpur 2022!

Kalau korang yang jenis follow trend buffet ramadan mana yang sedap pada setiap tahun, pasti akan terselit mengenai Restoran Riverside Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). 




WTC Ada Lebih 300 Sajian! 

Tahun ini, sangat istimewa sebab Restoran Riverside kembali mengundang pengunjung untuk mengimbas kembali nostalgia berbuka puasa di desa dengan menyajikan hidangan bufet dengan lebih 300 jenis juadah setiap hari bertemakan "Aneka Selera Desa".












Bermula dari 5 April 2022 hingga 29 April 2022, dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam ada banyak menu best menanti seperti Ikan Patin Goreng Sambal Hijau, Daging Rendang Minang, Ketam Goreng dengan Cili Kering dan Bawang Putih, Sotong Masak Kari dengan Nenas dan Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh.

Wajib Cuba Kambing Goreng Berempah Dan Nasi Kandar Saddam

Selain itu, menu yang pasti menambat selera ramai seperti Bubur Lambuk, Masakan Asam Pedas and Kambing Goreng Berempah turut tersedia. Aku tak makan kambing, tapi kawan-kawan lain semua cakap kambing goreng berempah tu sedap.  Menu-menu ini juga akan bertukar mengikut minggu yang disediakan oleh chef WTCKL. 


Selain itu, tarikan pada tahun ini adalah Restoran Riverside menjalinkan kerjasama dengan Nasi Kandar Saddam, kedai Nasi Kandar yang terkenal di Kuala Lumpur. Penggemar Nasi Kandar akan berpeluang merasai 'Ayam Goreng Saddam', sepinggan tak cukup oiii memang sur! 




Menariknya lagi, korang boleh membawa pulang mana-mana makanan bufet ke rumah untuk bersahur. Caranya, hanya beli mangkuk tingkat edisi terhad diorang di kaunter dan ambil sebarang hidangan kegemaran  dari meja bufet untuk dibawa pulang.

Mangkuk tingkat dijual pada harga RM59 dan RM69 untuk bersaiz 12 cm dan 16 cm. Untuk kemudahan, korang boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan jugak Terawih berjemaah di Surau Ar-
Rahman yang terletak di Aras 3. 

Kemudahan surau yang selesa dan berhawa dingin ini mampu memuatkan seramai 100 orang jemaah dengan penjarakan sosial. WTCKL juga menawarkan Pakej Jamuan Persendirian dan Korporat bermula dari RM148.00 seorang untuk tempahan minimum 100 orang dan ke atas. Jamuan persendirian ini akan ditempatkan di pelbagai rang atau bilik di WTCKL untuk majlis makan yang lebih peribadi dan mesa bersama keluarga, rakan atau rakan perniagaan. 

Pakej ini termasuk sistem audio, hidangan bufet khas, surau khas untuk solat Maghrib, Isya' dan Tarawih serta kadar parkir berharga RM5.00 mulai jam 6.00 petang dan seterusnya.

Untuk Bufet, ia berharga RM128.00 bersih bagi seorang dewasa, manakala kanak-kanak (berumur 7 - 12 tahun) dan warga emas berharga RM75.00 seorang.

Tawaran istimewa sepanjang bulan yang mulia termasuklah tawaran baucar untuk bufet, yang boleh didapati di kedai dalam talian seperti Fave, PrestoMall, Shopee, Lazada dan laman web Restoran Riverside. 

Untuk tempahan dan pembelian layari www.riverside.wtckl.com atau hubungi mereka di 03-2614 6701 atau whatsapp 019-267 8960 

No comments: