Total Pageviews

Menu Ramadan Buffet Di Me'nate Steak Hub 2022 Tampil Kelainan

Bercakap pasal jenama Me'nate Steak Hub rasanya tidak perlu lagi diperkenalkan. Ini kerana Me'nate merupakan sebuah restoran yang menyajikan pelbagai jenis steak dan makanan yang berasakan daging terkenal dalam negara. 




Sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Me'nate enggan melepaskan peluang untuk menganjurkan menu istimewa ramadan. Cuma, yang uniknya pada tahun ini diorang telah memperkenalkan konsep terbaharu dan lebih dekat dengan korang sebagai meat lover. 

Mula diadakan pada 4 April 2022 hingga 1 Mei 2022, korang boleh cuba dia punya “Mubarak Iftar Platter’ untuk ‘Dine-In” dan “Mubarak Iftar Nate-Box" untuk "take-away" . 


Jujur aku katakan, agak sedikit kecewa kerana tiada full buffet macam tahun sebelum ini. Namun, aku percaya dengan konsep terbaharu ini akan buatkan korang rasa lebih berbaloi. Malah, ‘Mini Buffet – Appetizers & Deserts” yang menyajikan pelbagai juadah kuih-muih tradisional. kek, pastri, buah-buahan dan macam-macam lagi masih dikekalkan. 













Untuk  Mubarak Iftar Platter ada beberapa pilihan set iaitu Heavenly Ribs, Heavenly Me'nate dan Heavenly Lamb.






Di dalam Mubarak Iftar Platter tersedia Steamed Persian Rice, Full slab BBQ Wa’gyu/Angus Beef Ribs, Persian Style Grilled Ribeye Steak, Mediterranean Braised Lamb shank, Persian Style Braised Whole Lamb Shoulder, Roasted Bbq Chicken, Sahawigq, Pepperoni Pizzadillas, Nachos Bbq Beef, Mammamia Beef Carbonara Pasta, Seafood Aglio E Olio pasta serta pilihan minuman dalam jug seperti Cha bang ang, Orange Sunset, House-made Chrysanthemum, Watermelon Mint dan pelbagai lagi menu ala-carte .

Benar!  Korang masih boleh pesan menu ala carte lain yang lain di Me’nate untuk sajian buka puasa bersama. Kalau nak take-away dan makan di rumah, korang boleh pesan 'Mubarak Iftar Nate-Box Me’nate' yang menawarkan tiga (3) pilihan iaitu Nate-Box Heavenly Me'nate, Nate-Box Heavenly Lamb dan Nate-Box Heavenly Ribs. Setiap set istimewa ini menyajikan pelbagai daging stik premium dan halal. 




Biarpun dah habis promosi early bird, korang boleh pesan Jamuan Korporat Ramadan buat syarikat-syarikat korporat yang ingin menganjurkan jamuan berbuka puasa buat kakitangan. Malah, untuk buat CSR pun diorang ada sediakan.

Pakej Infak istimewa dengan tema “Sesekali Kita Infak Makanan Premium” untuk diagihkan kepada golongan Asnaf/Tahfiz/Anak Yatim yang memerlukan untuk berbuka puasa.


Antara pakej yang ditawarkan adalah Pakej Infaq Platinum (300-450pax), Pakej Infaq Gold (200-250pax) dan Pakej Infaq Silver (100-150pax). Bagi syarikat yang berminat, boleh berhubung terus dengan pegawai perhubungan korporat Me'nate untuk maklumat lanjut di talian 019-4771047.

Selain itu,  korang yang teringin nak makan steak atau produk ready-to-eat daripada Me'nate Steak Hub,  boleh je beli produk dari Meat Lab. Ada tiga menu utama yang dijual terdiri daripada Lamb Shabu, Rendang Tok dan Daging Harimau Melalak. 




Untuk sebarang  tempahan boleh hubungi Me’nate di talian 03-4141 9133 atau WhatsApp 019-3911047.  Yang aku pergi ini adalah di cawangan Shah Alam, korang boleh je singgah ke cawangan lain yang berhampiran! 

Website:
Home Menate v3 - Me'nate

Facebook:
Me’nate Steak Hub

Instagram:
@menatesteakhub

No comments: