Total Pageviews

Lulu Hypermarket Setia City Mall Tengah Ada Sales 1st Anniversary

Siapa sangka, Lulu Hypermarket Setia City Mall Shah Alam kini dah berusia setahun guys!  Bersempena dengan itu, Lulu Setia Alam sedang adakan Jualan Mega Ulangtahun bermula 31 Mac hingga 2 April 2022. 





Ya tiga hari je tau untuk promosi menarik ini sebelum diorang beralih ke promosi Ramadan. Kebetulan aku memang nak shopping, so boleh buat persiapan awal Ramadan bak kata orang Utara, awai tak kalut. 


Aku tertarik dengan salah satu promosi mega iaitu potongan diskaun sebanyak RM1000 untuk setiap pembelian TV 65 inci ke atas. Lulu memang suka buat promosi TV tau! 



Selain itu, hampir setiap bahagian Hypermarket ini mempunyai promosi. Ini termasuklah barangan seperti makanan dan minuman ringan, bahan basah dan kering untuk masakan, peralatan kelengkapan dapur, sayur dan buah, pes makanan serta banyak lagi. 
















Pendek kata korang akan rambang mata bila datang ke sini. Kalau korang datang sekarang memang masa yang sangat sesuai sebab promosi ramadan pun dah ada yang bermula. 


Puasa pun tinggal beberapa hari saja lagi. Jadi tunggu apa ? Bawa beg guni warna biru dan datang shopping di Lulu Hypermarket Setia City Mall sekarang! 


p/s : Lulu cawangan lain pun ada juga promosi Ramadan



No comments: