Total Pageviews

Buffet Ramadan Murah Di Shah Alam Kena Pergi Warung Lebai Dollah!

Sebelum ini aku pernah makan di Warung Lebai Dollah yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam untuk makan tengahari. 




Harga Promosi

Tidak dinafikan, lauk-pauk yang disajikan sedap belaka apatah lagi siap ada jual pau yang viral itu.




Baru-baru ini, aku dijemput oleh pemilik restoran ini untuk mencuba bufet Ramadan mereka yang diadakan buat pertama kali selepas 10 tahun beroperasi. 

Dengan harga promosi sempena tahun pertama bufet mereka, bayangkan harga asal RM59.90 untuk seorang pelanggan kini hanya berharga RM35.00! 

Tersangatlah murah apatah lagi dengan hampir 30 menu istimewa tersedia sepanjang bulan Ramadan.  Wajib cuba adalah aneka lauk kampung yang sangat sedap seperti Gulai Kawah dan Daging Masak Lemak yang disediakan oleh chef yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang masakan. 









Aku difahamkan yang nama Warung Lebai Dollah ini diambil bersempena dengan nama datuk kepada pemilik restoran ini yang bernama Abdullah.


Buka Untuk Tajaan 

Lebih manis, sepanjang Ramadan ini mereka akan menaja anak-anak yatim dari dua pertubuhan, Pusat Jagaan Cahaya Kampung Subang dan Rumah Kasih Sayang Rawang.  Malah, mereka turut mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menaja anak-anak yatim ini sebagai satu projek CSR.




Bukan itu sahaja, buat anak-anak istimewa juga tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk makan disini. 

Jadi untuk korang yang ingin makan makanan yang sedap dan murah di Shah Alam pada bulan puasa ini boleh datang ke Warung Lebai Dollah, parkir pun percuma tau! 

Warung Lebai Dollah 

G13A, Block 2, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, Malaysia



No comments: