Total Pageviews

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort Sentiasa Best!

Bangi Golf Resort (BGR) merupakan lokasi berbuka puasa yang hampir setiap tahun aku enggan lepaskan. Walaupun agak jauh sedikit daripada rumah, namun disebabkan makanannya yang pelbagai aku sanggup datang ke sini. 




Wajib Cuba Sous vide Egg with Mushroom Espuma

Untuk tahun 2022, BGR mengimbas kembali nostalgia balik kampung dengan memperkenalkan begitu banyak makanan menarik. Tidak dilupakan, semestinya menu signature mereka yang korang wajib cuba iaitu Sous vide Egg with Mushroom Espuma. Memang favourite aku, satu tak cukup! 




Aneka Makanan 

Selain itu ada Smoked Spaghetti Carbonara, Sup Kambing Mamak, Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce, Ayam Bakar Percik Selangor, Korean Fried Chicken, Korean Japchee, Japanese Beef Curry, Tom Yum Seafood, Pad Kra Pao (Thai Basil Chicken), Poach Chicken with Thai Suki Sauce, Mee Siam Goreng Meletop, Laksa Singapore, Penne with Creamy Korean Sauce dan Liquid Snickers dan banyak lagi. Rambang mata oi!

















Harga Buffet  

Untuk kemudahan, korang jangan risau sebab ada ruang parkir yang luas dan surau turut tersedia. Buffet disini bermula dari 4 April sehingga 1 Mei 2022 dan harga adalah seperti berikut : 

Dewasa : RM60
Kanak2 : RM30

Untuk tempahan korang boleh terus klik  : https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2022

No comments: