Total Pageviews

Buffet Ramadan Dewan Bankuet MBSA Tawar Harga Serendah RM98

Satu lagi tempat berbuka puasa di Shah Alam yang korang boleh cuba adalah di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam yang membawa tema Selera Nusantara. 




Diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril dari  Nusantara Catering & Event yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara,  kompilasi hidangan nusantara yang bakal tersedia mempunyai lebih 100 sajian. Menariknya, mereka menggunakan konsep gerai bagi memeriahkan suasana. 












Antara menu tarikan disini adalah Kambing Golek dengan sos lada hitam dan sos daun mint, kuew teow penang style, mee goreng mamak, soto,ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung, ketam masak kam heong, ayam goreng berdaun kari dan banyak lagi. Kalau ditanya aku, soto dan rojak disini memang sedap! 


Harga bagi promosi pembukaan adalah pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023. Manakala, selepas itu harga kembali normal pada ketetapan RM98 nett untuk dewasa, RM58 nett untuk warga emas dan kanak-kanak. 

 Untuk korang yang berbuka disini, pelbagai kemudahan disediakan seperti parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin. 

Sepanjang Ramadan juga, akan ada persembahan istimewa daripada artis-artis jemputan, live band, OOTD Corner dan juga ‘kid corner’ untuk kanak-kanak. 



Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. 

Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Nak anjurkan  Rumah Terbuka Aidilfitri? Harga yang sangat berpatutan turut ditawarkan. Untuk tempahan : 

hubungi 011-54040385 
Emel: nusantaracatering.event@gmail.com

No comments: