Total Pageviews

Shiraz Projects Umum Kejutan! Harga Tiket Instant Cafe Night Live! Edisi X Serendah RM88

Pihak Shiraz Projects telah membuat kejutan dalam sidang media Instant Cafe Night Live! Edisi X pada petang Rabu. 




Menerusi pengumuman yang dibuat oleh penerbit eksekutif Shiraz Project, Shirazdeen Karim harga tiket bagi acara pentas komedi  Instant Cafe Night Live! Edisi X akan dijual serendah RM88 berbanding harga asalnya adalah RM188. 




Menurut Shirazdeen, kejutan ini dibuat bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menonton acara komedi tersebut. Tambahnya, acara seumpama ini yang buat julung kalinya diadakan di  Dewan Plenari  juga bakal menjadi tanda aras buat acara komedi langsung kelak. 

Gambar ihsan The Instant Cafe Theatre 


Untuk rekod, berikutan kejayaan luar biasa dan sambutan yang membanggakan terhadap Instant Cafe's "The May 9 Show" pada tahun 2019, kolaborasi diantara Shiraz Projects dan The Instant Cafe Theatre Company memberikan persembahan  pelakon bertaraf bintang,  Jo Kukathas dengan watak ikoniknya YBeeee, Ahli Parlimen Ulu Katak dan 'Deputy Minister of Kickbacks and Comebacks' dalam kerajaan gabungan menariknya yang baharu. 


Tidak dilupakan satu lagi wataknya. Curry Spice yang cukup berani, si cantik dan memukau dari Sentul, bintang program Netflix "Keeping Up With The Coomarasamys" dan biopiknya yang akan datang "Ini Kari Lah" akan turut kembali. 

Gambar ihsan The Instant Cafe Theatre 


Instant Cafe Night Live! Edisi X akan dikemudikan oleh penyanyi sensasi Malaysia, Sean Ghazi bersama dan pelawak Kuah Jenhan.

Gambar ihsan The Instant Cafe Theatre 

Selain itu, penyanyi Tria Aziz turut diundang sebagai penyanyi jemputan acara ini kelak. 

Instant Cafe Night Live! Edisi X", edisi ini akan 'dibentangkan' di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 18 Mac 2023, 8.30 malam dan tiket akan mula dijual pada 10 Februari 2023 di www.mytickets.asia




Harga tiket ialah RM588 (Meet & Greet), RM388 (Diamond), RM288 (Platinum) dan RM88 (Perak).

No comments: