Total Pageviews

M. Nasir Dan Hattan Bakal Adakan Konsert Di Sabah Dan Sarawak

Merealisasikan impian peminat untuk melihat gabungan sifu dan anak muridnya, Datuk M.Nasir dan Datuk Hattan bakal bergabung di atas pentas yang sama bagi menjayakan konsert mereka, 'Sifu & Aku 38'. 




Konsert Pada Mei & Jun

Menariknya lagi, konsert ini buat julung kalinya akan diadakan di Sabah dan Sarawak bagi menghargai peminat kedua-dua figura ini di sana. Menurut penganjur, Westone Entertainment (M) Sdn. Bhd dan  GC Productions, Konsert 'Sifu & Aku 38' di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Sarawak akan diadakan pada 25 Mei 2023.




Manakala di Sabah International Convention Centre pada 1 Jun 2023. Menurut pihak penganjur, untuk memastikan konsert pada 25 Mei (Sarawak) serta 1 Jun (Sabah) terlaksana dengan kemas, ada banyak perkara yang perlu diperhalusi .


"Ini adalah cabaran kami di pihak penganjur iaitu memastikan Konsert 'Sifu & Aku 38' punya kelas tersendiri dari segi aspek teknikal seperti jalan persembahan, bunyi dan hal-hal belakang tabir.

"Hal ini kerana kedua-dua figura yang kami gabungkan iaitu M. Nasir dan Hattan mempunyai aura yang sangat kuat dan mampu membuatkan para penonton yang hadir kelak untuk sama-sama merasai aura yang sama. 

"Jadi untuk memastikan kolaborasi in sempurna, teknikal perlu sama hebat dengan penghiburnya," ujar Pengarah Westone Entertainment, Aiman.

Simbolik 38 Tahun


Untuk rekod, 38 tahun merupakan simbolik Hattan di dalam industri seni yang dibimbing M.Nasir sebelum ini. 

"Mesti ada maksud dan simbolik di sebalik tanggal 38 tahun keraian dan perkataan Sifu dan Aku itu sendiri. Jadi saya melihat ia sebagai buah fikiran yang baik, gabungan bersama Hattan, menyapa peminat di luar Semenanjung, menyemarakkan kembali pasaran konsert tempatan, saya menyambutnya dengqn senang hati," ujar M. Nasir.

"Ini juga sekaligus membuktikan banyak mana lambakan penyanyi luar, penghibur tempatan mempunyai ruang eksklusif yang tidak pernah terbuang dan dilupakan peminat.

"Lihat kepada angka 38 tahun perjuangan sahaja sudah menjawab mengapa penghibur seperti kami terus relevan dan 'boleh makan' lagi," tambah Hattan 

Harga Tiket 

Bagi yang ingin menyaksikannya, harga tiket konsert M.Nasir dan Hattan dijual serendah RM188 (Cat5), RM288 (Cat 4), RM388 (Cat 3), RM488 (Cat 2) dan RM1,000 (Cat 1).




Tiket boleh dibeli menerusi laman web www.myticket.asia atau hubungi talian +603 8605 0195 atau dapatkan maklumat di Hotline +6012 649 7240.

No comments: