Total Pageviews

Aina Abdul Muncul Dengan Lagu Baharu, Kembara Nawawi

Penyanyi Aina Abdul muncul dengan lagu berkonsepkan ketuhanan berjudul Kembara Nawawi. 



Lagu tersebut dihasilkan bersempena  pelancaran Ali Zahra Holding Sdn Bhd dan konsep perniagaan "berniaga sambil beriadah".

Naskah itu ditulis oleh FJ Muzik dan telah digubah sepenuhnya oleh Alan OTWO, Anep OTWO dan Izan OTWO. 




Difahamkan lagu ini disiapkan hanya dalam masa dua minggu dan diterbitkan oleh Asia Empire Record Malaysia. 

Menurut penerbit eksekutif nya, Anep OTWO (Haniff Khan), dia sememangnya mengimpikan Aina untuk menyanyikan lagu tersebut. Namun, dalam masa yang sama dia terkejut dan berbesar hati apabila Aina sudi menerima tawarannya. 

"Ketika membuat lagu ini, saya sememangnya mengimpikan Aina untuk membawakannya sebab sesuai dengan ciri-ciri penyanyi yang saya inginkan. 

"Pada mulanya saya hanya menamakan Aina dan tidak terlalu berharap kerana dia merupakan seorang penyanyi yang hebat dan popular apatah lagi baru sahaja menjuarai Anugerah Juara Lagu" 

"Namun, saya tak sangka apabila saya mesej Aina nyatakan hasrat saya, dia terus bersetuju tanpa mengambil masa yang lama" ujar Anep 




Dedah Anep lagi, dia begitu kagum dengan kebolehan Aina apatah lagi penyanyi itu turut sama berkongsi pendapat dalam menghasilkan lagu tersebut. 

Untuk info Ali Zahra Holding Sdn Bhd adalah sebuah entiti korporat pengeluar dan pemasar produk kesihatan serta kecantikan., Bertapak sejak 1998, penjenamaan semula Ali Zahra ini sekali lagi mengharumkan nama mereka dengan mempunyai lebih dari 300 ribu pelanggan di seluruh Malaysia. 

Serentak dengan itu juga, Ali Zahra Holding memperkenalkan konsep berniaga sambil beribadah. Setiap ejen berpeluang untuk menunaikan umrah selain menjana pendapatan menerusi pakej pendaftaran yang diperkenalkan. 

Untuk info,  5 buah syarikat bernaung di bawah kumpulan Ali Zahra terdiri daripada Rayyan Muhammad Resources, Akmal Global Venture, Juwita Enterprise, My Asia Empire dan LF Global Venture. Orang ramai yang berminat untuk menjadi ejen boleh terus hubungi pengurus syarikat : 

011- 264 38956 (Zakiah) 
018 - 384 8510 (Haziq) 

No comments: