Total Pageviews

DJ Lin Menang Lagi! Penyampai Radio Paling Dipercayai Di Malaysia Untuk Tahun Ketiga

Terkenal dengan slot Suria Cinta, pengurus besar juga penyampai radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai  DJ Lin sekali lagi berjaya dinobatkan sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia dalam anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2023 baru-baru ini.



Lebih manis, pengiktirafan itu merupakan yang ketiga diperolehi DJ Lin daripada  Reader’s Digest

 

DJ Lin meluahkan rasa syukur dan menganggap pengiktirafan tersebut sebagai bukti dirinya masih relevan meskipun berdepan kedatangan muka baharu dalam industri penyiaran radio.

 

Alhamdulillah, saya sangat berbesar hati dan teruja untuk menerima anugerah berprestij daripada reader’s digest buat kali ketiga. 


"Perasaan ini sukar untuk digambarkan kerana setelah lebih 24 tahun berkecimpung dalam industri radio tanah air, rakyat Malaysia masih mengundi dan menyokong saya sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai. 


"Terima kasih buat pihak penganjur, Majalah antarabangsa, Reader’s Digest dan juga buat keluarga, rakan rakan media, para peminat dari seluruh negara, juga tidak dilupakan keluarga besar Suria FM dan pihak pengurusan Star Media Group Berhad yang banyak berjasa kepada saya sepanjang berkhidmat sebagai seorang Penyampai Radio” kata DJ Lin




Menurut DJ Lin, dengan pengiktirafan ini , dia akan terus berusaha untuk berikan yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia khususnya buat pendengar setia Suria Cinta. 




Di kesempatan itu, penyampai radio kesayangan ramai ini menzahirkan ucapan terima kasih buat para pendengar yang sentiasa menyokong Suria FM.

 

Lebih menarik, anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai bagi tahun ini merupakan anugerah ke-13 buat DJ Lin sepanjang 24 tahun berkecimpung dalam industri penyiaran radio.




Untuk info, Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke-25 mengiktiraf jenama yang dipercayai berdasarkan undian daripada 8,000 individu yang telah dipilih daripada 5 negara antaranya Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.

No comments: