Total Pageviews

Konsert Pertama Mic On! Selebriti Curi Perhatian Peminat

Konsert pertama Mic On! Selebriti menyaksikan 12 selebriti telah mempersembahkan lagu-lagu yang bertemakan Wajib Karok. 

Kesemua 12 selebriti Zul Huzaimy, Fauzi Nawawi, Johan As’ari, Namie, Chiwan, Ammar, Anas Ridzuan, Sherry Ibrahim, Mona Allen, Elly Arifin, Afifah Nasir dan Amyza telah dinilai sepenuhnya oleh juri tetap yang terdiri dari tiga nama besar iaitu Dato’ Aaron Aziz, Erra Fazira & Dato’ Acis.




Sistem pemarkahan Mic On! Selebriti telah diadili 100% oleh barisan juri tetap. Pecahan pemarkahan adalah berdasarkan kepada tiga kriteria utama penilaian iaitu aspek vokal, persembahan atau showmanship dan dari aspek kreativiti.

Untuk konsert minggu pertama, Fauzi Nawawi dan Mona Allen telah mendapat markah terendah namun tiada penyingkiran dibuat. 

Sepanjang pertandingan berlangsung, sama seperti musim sebelumnya, peserta akan dibantu oleh manager yang dibahagikan kepada 3 kumpulan.

3 penyanyi tersohor Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai manager antaranya Black, Hazama & Aepul Roza. Tugas manager adalah untuk memberi idea, nasihat, tunjuk ajar dari segi persembahan dan nyanyian serta bimbingan kepada para selebriti.

MANAGER HAZAMA: Fauzi Nawawi - Memburu Impian by Kazar

MANAGER AEPUL: Johan As’ari - Titian Perjalanan by XPDC

MANAGER BLACK: Chiwan - Diari Seorang Lelaki by Pretty Ugly

MANAGER HAZAMA: Mona Allen - Rindu Padanya by Camelia

MANAGER BLACK: Sherry Ibrahim - Kau atau Aku by Elyana

MANAGER AEPUL: Namie - Kisah Antara Kita by One Avenue Band

MANAGER HAZAMA: Anas Ridzuan - Bouganvilla by Spring

MANAGER AEPUL: Amyza Aznan - Yang Penting Happy by Vita Alvia

MANAGER BLACK: Zul Huzaimy - Cinta Pantai Merdeka by Jinbara

MANAGER AEPUL: Afifah Nasir - Atas Nama Cinta by Rossa

MANAGER BLACK: Ammar - Relaku Pujuk by Spider

MANAGER HAZAMA: Elly Arifin - Tak Tercapai Akalmu by Elyana

Konsert Pertama Mic On! Selebriti dikelolakan oleh Shiha Zikir dan Jaa Suzuran, dan disiarkan secara langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam, di saluran 123 Astro & 112 MyTV.

No comments: