Total Pageviews

Dangau2BY2 Food Station Rupanya Milik Selebriti Ini!

Sebuah pusat makanan di Kampung Melayu Subang , Dangau2BY2 semakin dikenali ramai. 




Bukan sahaja kerana menyediakan 13 buah gerai makanan yang berpusat disitu, malah pemiliknya juga menjadi sebutan.

Melihatkan pada namanya, benar tempat makan viral ini merupakan milik dua ahli trio terkenal 90-an, Zul dan Faizal daripada kumpulan 2BY2.


Lama menyepi, kedua-dua selebriti ini telah mula membuka Dangau2By2 yang berkonsepkan seperti 'food court' sejak Ramadan yang lalu.

Sejak mula bertapak, tempat ini sentiasa menjadi tumpuan apatah lagi kini menganjurkan pertandingan karaoke sebagai promosi memperkenalkan Dangau2By2. 



Untuk rekod, sehingga kini, Dangau2By2 mempunyai 13 buah gerai makanan dan bakal mempunyai beberapa buah gerai yang lain dalam masa terdekat.


Antara gerai jualan yang sudah dibuka adalah gerai ikan bakar, aneka makanan barat, lontong kering, bihun sup, sate, masakan kampung, kari kambing dan banyak lagi. 








Konsep yang ditampilkan juga menarik. Pengunjung boleh menjamu selera di kawasan yang terbuka atau berkonsep santai bersila di bawah dangau yang dibuat khas.




“Dengan pengalaman yang saya miliki, saya mahu berkongsi peluang dengan mereka yang berbakat untuk mencuba nasib dalam bidang seni.

"Pemenang bakal mendapat sebuah lagu baru ciptaan saya" ujar Zul

Difahamkan, seramai 80 orang telah mencuba nasib dalam pertandingan karaoke dan 14 daripadanya layak ke pentas akhir.

Untuk korang yang ingin makan di sini, Dangau2by2 dibuka pada setiap hari bermula pada jam 6.30 petang hingga 12 tengah malam. Kemudahan seperti ruangan parkir, surau dan tandas turut disediakan.

Alamat : Pt 50931, Jalan Resak, Kampung Melayu Subang, 40100 Shah Alam, Selangor

Gambar kredit : Bebelan Cik Min

1 comment:

Sally Samsaiman said...

best la lepak sini, makanan pun byk pilihan....kira dah macam one stop centre ehhh