Total Pageviews

Basikal Jenama Officine Mattio Kini Di Malaysia

Berita baik buat penggemar sukan berbasikal, jenama basikal terkenal Officine Mattio kini berada di pasaran Malaysia.



Boleh didapati di Beans Cafe, Menara Kementerian Belia Dan Sukan Putrajaya, syarikat itu kini menjadi pengedar tunggal bagi Officine Mattio di Malaysia

Menariknya, kafe mereka turut digabungkan dengan premis penjualan basikal jenama terkenal tersebut.

Untuk info, Officine Mattio merupakan basikal berjenama dari Itali yang terkenal dengan kualiti basikal buatan tangan.


Istimewanya, carbon fiber yang digunakan pada badan basikal ini merupakan carbon fiber yang sama digunakan pada kenderaan mewah seperti Ferrari dan Lamborghini.

Untuk rekod, pada pagi sabtu tiga acara khas telah dijalankan serentak bagi meraikan jenama Officine Mattio, laitu Fun Ride, Majlis Perasmian Officine Mattio dan pameran barangan basikal seperti pakaian serta aksesori.

Beberapa artis terkenal tanah air yang aktif dalam dunia berbasikal seperti Amar Baharin dan Baggio Damasutra  turut hadir menyerikan majlis.

Menariknya lagi, Bike and Beans telah membuka bidaan basikal Officine Mattio model The Santiago C Levante, yang hanya 10 unit sahaja di dunia. Basikal yang dibida pada pagi Sabtu adalah bernombor 003 buat mereka yang berminat. 




Mengenai Bike and Beans; selain mengendalikan aspek runcit perniagaan, mereka juga mempunyai syarikat pembekal makanan Aiena Signatures, agensi pemasaran digital Truepixel dan syarikat pembinaan serta hiasan dalaman Bakateam.

Rangkaian Bike and Beans akan dikembangkan ke sepuluh lokasi di seluruh Malaysia dalam masa 18 bulan.

Harga bermula dari RM40 ribu dan boleh mencecah sehingga RM100 ribu mengikut jenis tempahan dan rekaan yang diinginkan.

No comments: