Total Pageviews

Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah,ku panjatkan setinggi- tinggi  kesyukuran kepada-Mu kerana masih lagi memberi peluang kepadaku untuk menikmati nikmatnya udara-Mu di kehidupan yang sementara ini..aku juga memohon maghfirullah- Mu di atas segala kesalahan yang telah aku lakukan selama di-Kau hidupkan aku di atas muka bumi-Mu yg ternyata indah pada pandanganku ini..bermula di saat aku membuka mata untuk pertama kali tatkala keluar dari perut ibuku sehingga kerdipan mataku yg tetap berkelip pada ketika ini..sesungguhnya, aku hanyalah hamba yang tidak lekang dari membuat dosa dan maksiat kepada-Mu..aku sesali segala perbuatanku, Engkau ampunilah dosa hamba-Mu yang masih mengharapkan belas dari-Mu..janganlah Engkau timpakan ke atasku azab kerana kelalaian dan kecuaianku..ya Allah, turut kupohonkan agar Engkau merahmati kedua ibu bapaku yang telah melahirkan serta membesarkanku dengan penuh kesabaran, didikan dan kasih sayang..tanpa didikan mereka,tidak mustahil jika diri ini tidak mengenaliMu..Alhamdulillah..segala pujian hanya layak bagiMu..

happy birthday to me 

As - salam to all geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian... tepat pukul 2 pagi, 22 februari semalam bermulalah kehidupan aku sebagai seorang budak yang berumur 19 tahun. wah sudah tua rupanya aku. kepada semua family ,kenalan , blogger  yang wish " Happy Birthday " dekat aku, thanks a lot !! love you all!!  ( bajet hot je aku ni ) .sempena umur baru ini , aku harap semua yang dah berlaku just let the pass by the pass.so apa yang berlaku selepas ini  harap semuanya dirahmati dan diberkati dunia dan akhirat, aminn..


Wishing Me ,

¸,ø¤º°`°º¤ø,¸ Ħappч вiгƬĦĐαЧ ¸,ø¤º°`°º¤ø,¸
---------------()--()--()--()--()--()---------------
--------------||--||--||--||--||--|---------------
-------------{*~*~*~*~*~*~*}---------------
---------@@@@@@@@@@@@@------------
--------{~*~*~*~*~*~*~*~*~*~}---------
----@@@@@@@@@@@@@@@@@@----
---{~*~*~*~*~ HAPPY~*~*~*~*~*~}----
---{~*~*~*~*~BIRTHDAY~*~*~*~*~}----
---{~*~*~*~*~*~ *~*~*~*~*~*~*~}---
----@@@@@@@@@@@@


 hari ini jadi artis kejap bayangkan 150 ucapan  pada satu masa =)

so semalam walaupun birthday aku tapi tak bermakna semua hal duniawi dan ukhrawi dilupakan. bagi  aku semua macam biasa cuma memanjatkan kesyukuran kepada -Nya kerana memberi kesempatan untuk aku mengutip segala pahala amal ibadah. cuma hari ini aku agak terkejut sebab ada seorang member yang juga merupakan seorang blogger bagi aku hadiah, kek pulak tu. macam tahu- tahu saja aku tengah cari kek. anyway thanks yer. nak tau siapa dia , klik sini . so berakhirlah sudah satu lagi kamus hidup  aku yang berjilid  ke 18. sekarang buku baru, aku harap semuanya dirahmati dan diredhai. Goodbye 18teen, welcome 19teen..


Sekiranya dosa dari tangan hambaMu ini, yang menahan makbul doanya,
Engkau ampunkanlah dosa hambaMu ini,
jika hitam dari hatinya hambaMu ini, yang memalingkan makbul doanya,
Engkau kurniakan hidayah pada hambaMu ini,
Ameen,Ameen ya Robbal 'alamin..

yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum ::

 1. terima kasih kepada semua yang wish birthday kat aku.
2. tidak lupa juga kepada semua teslians yang mengundi aku sebagai naib presiden, insyaallah aku akan  cuba yang terbaik menjalankan tugas sebagai kepentingan kita         bersama
3. eima terima kasih sebab sudi bagi kek tu
4. brother kemba tolo, mohon share ayat diatas..krdit to them
5. malam ini nak rest betul2 tak nak pikir apa- apa. sebab lepas ini rutin harian aku kembali sibuk seperti biasa. ( tak nak mimpi literature lagi malam ni ) 



:: GOODBYE 18, WELCOME 19 ::

by on 23.2.11
Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah,ku panjatkan setinggi- tinggi  kesyukuran kepada-Mu kerana masih lagi memberi peluang kepadaku untuk meni...
dedicated for you,mr literature...

You drive me crazy

Why are you messing with my mind ?
You drive me crazy
Why are you telling all these lies ?
You drive me crazy
stop doing all these things to me
You drive me crazy
cause all I want is to be free

I'm feelin' weak
I can not sleep
my head is burning, I feel cold down to my feet
I wanna yell, somebody help
is there a cure for what I got ?
somebody tell me

Your on my mind, I'm so uptight
I feel 'sensation' in my head down to my spine
goin' insane, can't stand the pain
is my condition permanent,
 somebody tell me


24/7 You are on my mind
I'm going crazy
You are the problem and you know but you dont care
Literature you're driving me 'insane'
you can say what you want to
Do what you want to

As long as i love you literature,
 I wont front you
You're the 'sweetest' thing
Let me be your man
Let me hold your 'hand'
or let me be your friend

Meanwhile, I will set the 'date'
literature as you know it's all about the future
Gonna treat you like a queen, like a lady
Chica, Chico You drive me crazy

Your always on my mind
I need you all the time
So come and 'get' with me
cause literature your the one I need
Someone to hold me tight
Cause I can't sleep at night
You are my fantasy
literature, you drive me Crazy!!!!


yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: kadang-kala kita perlu jadi 'gila' sebentar untuk lepaskan tekanan supaya betul - betul tidak jadi gila.. chill

:: YOU DRIVE ME CRAZY, MR LITERATURE ::

by on 20.2.11
dedicated for you,mr literature... You drive me crazy Why are you messing with my mind ? You drive me crazy Why are you telling all these ...
As- Salam to all geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. harap korang dalam keadaan sihat walafiat. mesti korang terpinga -pinga dengan tajuk entry diatas. extend ? apa maksudnya? maksudnya langkau ke hadapan atau drop untuk semester ini dan ambil balik untuk semester depan. kenapa aku nak buat tindakan drastik ini? susah sangat ke subjek ini? dan ingin aku ingatkan  yang aku nak ambil keputusan ini bukan untuk meniru sesiapa. baiklah sekarang aku cerita kenapa aku tergerak untuk buat demikian. 


salah satu sukatan subjek literature yang terpaksa aku berpura - pura faham.

actually ceritanya macam ini. sejak dari bangku sekolah memang aku enjoy belajar literature sampai aku boleh skor almost 100% betul dalam bahagian ini. tapi sejak masuk IPT ini aku rasa perasaan enjoy itu dari hari makin benci. aku cuba berpura - pura untuk enjoy belajar tapi itu sekejap saja sebab aku bukan jenis hipokrit. sekarang dah nak masuk bulan 3 dan 2 minggu lagi aku bakal menduduki mid - semester examination . walaupun dah nak masuk bulan 3 tapi sikit pun aku tak paham dan tak ingat apa- apa pasal subjek ini.tambahan pula kuiz yang baru ini aku cuma dapat 20/30. dan ada lecturer yang sudah perli sebab dapat keputusan teruk. 


kadang - kadang subjek ini yang membuatkan aku stress sepanjang hari sebab tak boleh nak catch up

ini baru kuiz pertama yang mengandungi asas literature belum lagi masuk kuiz kedua yang agak susah dari ini. adakah aku terlalu stress dengan subjek ini yang terlalu banyak assingment ? atau stress dengan lecturer ? ini membuatkan aku termanggu sekejap kerana lecturer itu tidak buat salah apa -apa pun cuma cara mengajar yang agak kebosanan sedikit. ditambah pula semester ini aku belajar bahasa perancis yang memerlukan daya ingatan yang tinggi untuk menghafal. kadang - kadang aku rasa menyesal pula tolak satu tawaran bawah SPA yang menawarkan aku ambil diploma pembantu perubatan . tapi menyesal kemudian tidak berguna. apa yang harus aku buat cuma teruskan perjuangan disini dan dapat apa yang aku impikan selama ini. untuk itu aku rasa baik aku extend subjek ini ke semester depan. boleh atau tidak aku pun tidak tahu lagi. kalau aku ambil semester depan , aku agak mesti aku boleh skor , daripada semester ini yang aku rasa macam tak belajar apa - apa.  aku seru kepada sesiapa yang berpengalaman please help and share with me your experience!! so perlu ke aku extend literature ke semester hadapan ?


yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: teslians yang lain macam mana korang belajar?

:: PERLU KE AKU EXTEND LITERATURE UNTUK SATU SEMESTER ? ::

by on 19.2.11
As- Salam to all geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. harap korang dalam keadaan sihat walafiat. mesti korang terpinga -pinga...
Assalam dan salam sejahtera kepada semua geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. entry kali ini pasal pembunuh bersiri. hati aku tergerak nak tulis sebab tadi tiba- tiba terbayang pasal benda ini. apa itu pembunuh bersiri ?


diklasifikasikan sebagai membunuh ramai orang dalam beberapa insiden berasingan. terdapat jarak masa antara pembunuhan itu seperti beberapa hari, minggu ,bulan dan ada yang bertahun- tahun. kebanyakan pembunuh bersiri adalah orang yang gagal mengawal mental dorang. dorang tidak dianggap gila tapi menghadapi masalah personality disorder . hal ini boleh dilihat apabila pembunuh bersiri itu bersikap normal dihadapan orang ramai tapi disebalik charming mask itu ada kejahatan yang terselindung.



asal usul perkataaan ini muncul apabila ejen FBI ( bukan Faizal Ismail yer ) bernama Robert Ressler, memperkenalkan perkataan ini. tapi ada pendapat lain yang mengatakan perkataan ini datangnya dari Dr . Robert D. Keppel pada tahun 1970 - an yang lebih dikenali  sebagai detektif yang menjejaki pembunuh bersiri Ted Bundy. selepas kes ini, perkataan ini terus popular sehingga ke hari ini. 

ted bundy

FBI telah mengelaskan pembunuh bersiri kepada dua jenis :

TERATUR 
selalunya seseorang yang amat bijak ( mempunyai IQ dalam 105- 120 ) . mempunyai modus operandi yang lebih terancang untuk mengelak daripada dikesan serta selalunya menculik dan membunuh mangsa di lokasi yang spesifik .mereka ini selalunya arif mengenai bidang sains forensik.



TIDAK TERATUR 
- mempunyai IQ yang rendah  ( 80 - 95 ) .melakukan tindakan mengikut gerak hati tanpa perancangan yang teratur. membunuh manusia bila terdapat peluang. selalunya mangsa bunuh ditemui di beberapa lokasi yang berlainan . selain itu pembunuh bersiri jenis ini tidak bercampur dengan orang disebabkan masalah mental yang dihadapi.

MOTIF

VISI
- membunuh kerana halusinasi atau mendengar suara yang menyuruhnya berbuat demikian . walaupun sebenarnya jarang seorang pembunuh bersiri itu menggunakan motif ini.

MISI
- terdapat pembunuh bersiri yang membunuh kerana melaksanakan misi tertentu. pilihan mangsa mereka selalu berkait rapat dengan misi sebagai contoh membunuh pelacur atau orang kulit hitam .

HEDONISTIK 
- membunuh kerana mahu berseronok . ini termasuk membunuh kerana mahu menaikkan rangsangan seksual atau kerana ianya menjadi satu tabiat.

KUASA 
- ini adalah objektif yang biasa terdapat dalam diri seorang pembunh bersiri . dengan membunuh , dia merasakan dirinya berkuasa terhadap mangsanya. selalunya mangsa akan didera secara fizikal atau seksual bagi menguatkan lagi rasa " berkuasanya" .

MATERIAL 
- motif ini tidak jelas untuk mengkategorikan seseorang pembunuh bersiri itu. misalnya seorang pembunuh upahan yang bekerja di bawah kumpulan kongsi gelap tidak dianggap sebagai pembunuh bersiri . bagaimanapun , terdapat contoh seperti Marcel Petiot yang menyamar sebagai ahli pemberontak untuk menipu orang Yahudi semasa perang dunia ke 2 dahulu. dia mendakwa boleh menyeludup orang Yahudi itu keluar dari Perancis sebelum membunuh mereka dan mencuri barangan mangsa.  -


yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: ngeri bila lihat keadaan sesetengah mayat yang dibunuh kejam

:: APA ITU PEMBUNUH BERSIRI ::

by on 19.2.11
Assalam dan salam sejahtera kepada semua geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. entry kali ini pasal pembunuh bersiri. hati aku...
As-salam kepada semua geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. harap korang sentiasa sihat. 1st aku nak minta maaf sebab lambat update entry sebab terlalu banyak assignment yang perlu dibuat ditambah pula dengan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. hari ini aku rasa 'panas' sangat. bukan panas dengan cuaca atau minuman dan sebagainya. tapi panas dengan salah seorang hamba Allah ini. aku nak korang cuba bayangkan situasi ini.tapi ini bukan situasi sebenar cuma aku nak gambarkan perasaan aku macam situasi yang aku bagi  ini. entry ini bukan untuk aibkan sesiapa cuma jadikan cerita ini sebagai  pengajaran buat semua.

perasaan aku macam johhny storm  yang  tengah membara 

bayangkan korang tengah belajar dekat kampus korang dan pada waktu itu korang tengah siap sedia untuk buat presentation depan pensyarah. tengah siap sedia suddenly member korang beritahu yang ada member rapat korang yang terlibat dengan kemalangan ( bukan situasi sebenar ) . apa perasaan korang? mesti rush balik dan beritahu pensyarah yang korang tak boleh present sebab ada emergency. then bila balik korang tengok tiada apa- apa yang berlaku. dan hamba Allah yang buat cerita ini boleh pula buat muka innocent. panas tak? sebab korang dah beritahu, family pensyarah dan kenalan rapat korang dan cerita ini dah tersebar luas.malah korang dah call polis.  macam mana korang nak beritahu dorang ? mesti korang malu bukan? that situation happen to me right now. 

mana aku nak letak muka aku kalau dorang semua tanya?

 aku tak tahu kenapa hamba Allah itu melawak sampai macam itu sekali. kalau hari cuti atau tidak ada kelas lainlah. ini orang tengah busy nak buat presentation tambah pula kelas pun terpaksa  tinggal sebab dengar sangat lawak yang dianggap oleh makhluk Allah tersebut sehingga menyusahkan orang lain. please, lain kali berfikir  secara matang dan jangan menyusahkan orang lain sehingga terpaksa cancel presentation dan ponteng kelas. buat korang di luar sana think before you act! jangan buat perkara yang terjadi pada aku kepada member korang. dan melawak biarlah kena pada tempat dan orangnya . Wassalam...

melawak biarlah pada tempat dan orangnya





yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: manusia mempunyai pelbagai ragam dan watak. apa -apa pun wish me luck for french quiz tomorrow




:: PLEASE HORMAT ORANG YANG SEDANG BELAJAR !!::

by on 16.2.11
As-salam kepada semua geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. harap korang sentiasa sihat. 1st aku nak minta maaf sebab lambat u...
salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian. harap korang sihat sentiasa. kali ini entry aku muncul dengan tips release tension tapi kali ini khai artzfar punya stail sebab aku tahu kebanyakan petua yang ada sesetengah orang boleh ikut dan ada juga yang tidak boleh ikut terutamanya golongan remaja macam aku. memang tidak dinafikan memang aku selalu tension , so aku nak share macam mana aku boleh cool bila tension.otak aku gila-gila sedikit so cara nak solve dia pun agak mental.  .so kali ini jom review macam mana aku selesaikannya.


  •  dengar lagu atau muzik kegemaran kita dengan rentak yang kita inginkan
  • jangan tunjuk depan orang  yang kita sedang alami masalah
  • sentiasa cool
  • kalau tengah berdiri, eloklah duduk dan ambil nafas dalam - dalam
  • cuba kunyah chewing - gum atau menghisap gula - gula
  • tuliskan masalah yang dihadapi diatas kertas selepas itu buang atau bakarkannya agar orang lain tidak boleh baca apa yang kita sedang hadapi ( blog pun salah satu tempat yang kita boleh luahkan apa yang terjadi tapi pastikan kita menjaga tatabahasa penulisan )
  • luahkan masalah yang dihadapi kepada rakan atau individu yang rapat dengan kita
  •  lepak dengan kawan - kawan korang
  • tengok movie kegemaran korang
cara diatas korang boleh lakukan bila ada masa lapang. sebab bila kita dalam dilema dan  stress, kita perlukan masa untuk hilangkannya, bukan? selain itu, bila korang ada masalah , jangan lupa pula pada yang Maha Esa. so cara dibawah korang patut lakukannya sekerap yang mungkin.

  • sentiasa tersenyum pada orang lain walaupun ketika itu kita mempunyai masalah
  • berserah kepada yang Maha Esa
  • beristiqarah
  • berzikir
  • makan makanan yang manis seperti kismis dan kurma
  • mengambil wudhuk
 so ingat walau sebesar mana pun masalah korang , jangan jadi individu lain sebagai tempat korang lepaskan geram korang. kelak menyesal pula. lagi satu ingat, ketika kita susah dan mempunyai masalah, ada insan lain yang lagi susah dan mempunyai masalah yang lagi besar daripada kita. Allah tidak akan menguji hamba-Nya sekiranya hamba-Nya itu tidak boleh mengatasi masalah yang dihadapi.



::bebot menderum:: ada berita buruk dan berita baik yang diterima hari ini :(

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

HILANGKAN TEKANAN

by on 14.2.11
salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian. harap korang sihat sentiasa. kali ini entry aku muncul dengan tips release tension ta...
Salam kepada semua geng kipas susah mati blogger sekalian. pernah tak korang semua bermimpi? mesti pernah bukan? kalau tak pernah itu namanya alien. so kali ini aku wujudkan segmen baru iaitu tafsiran mimpi. mimpi merupakan pengalaman tidur yang dialami semua orang . ada yang menggembirakan , menyedihkan dan tidak kurang, menyeramkan. so dalam segmen ini cuma tafsiran berdasarkan pandangan dari berbagai budaya dan cara hidup . tapi korang jangan terpengaruh pula dengan pandangan yang ada. kerana ada yang boleh jadi betul dan ada yang boleh jadi salah.just for fun ok! kali ini aku tunjuk petanda mimpi mengenai diri kita.


kalau bermimpi kepala timbul luka- luka yang banyak
= alamat akan memperolehi keuntungan

kepala keluar tanduk
=tandanya akan ada perselisihan faham yang akan dialami

bermimipi potong rambut atau bercukur
= ada di antara kaum keluarga yang akan terganggu kesihatan

rambut keguguran
= akan tiba kesedihan atau alamat kurang baik

rambut keputihan, beruban, keguguran
= kegembiraan akan beralih dengan kesedihan 

rambut  menjadi lebat
= kegembiraan akan menjelma atau bila dah berumahtangga akan beroleh anak

bermimpi rambut menutup mata
= dirinya akan dipandang serong atau nasib yang tidak baik

menyikat rambut atau mencuci muka
= kesedihan akan berubah menjadi gembira

melihat seseorang berambut merah
= akan berjaya dalam perniagaan

rambut berwarna merah
= akan menghadapi perasaan hati yang kurang senang


::bebot menderum:: ada yang boleh percaya dan ada yang tidak.chill ok...
yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 


TAFSIRAN MIMPI

by on 12.2.11
Salam kepada semua geng kipas susah mati blogger sekalian. pernah tak korang semua bermimpi? mesti pernah bukan? kalau tak pernah itu nama...
salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian. harap korang dalam keadaan sihat walafiat. hari ini dalam aku keseronokan aku hampir terlupa tentang kawan baik  aku. hampir kesemua aku berkongsi  dan sama dengan dia. masalah, " taste awek" , minat hampir kesemuanya sama, bak kata orang memang 'sekepala' . aku mula-mula kenal dia semasa kami mula mendaftar pada hari pertama sekolah. time itu memang aku tak kenal siapa dan ditakdirkan aku rapat dengan dia sejak dari hari itu. aku still ingat, masa dekat sekolah kami makan sekali dalam satu bekas.time itu aku terlupa bawa duit, so tak boleh  beli makanan.walaupun dia  hanya mempunyai  sebungkus nasi lemak namun  dia sanggup berkongsi makanan dengan aku. memang terharu time itu dahlah orang susah aku pula pergi menyibuk time itu.aku memang tabik dengan dia sebab walaupun dengan berbekalkan nasi lemak dan duit saku 30 sen sehari namun dia still semangat dan tetap senyum. tapi aku tahu jauh dalam lubuk hati dia penuh dengan masalah yang harus dipikul dan diselesaikan setiap hari. tengah hari  tadi, aku teringat waktu zaman sekolah  dulu, tentang  hadiah  yang  dia bagi dekat seorang kawan perempuan aku. darah aku memang menyirap waktu itu sebab budak perempuan itu buang hadiah itu dalam tong sampah .waktu itu member aku sanggup berpuasa seminggu semata-mata nak beri hadiah kepada budak perempuan itu. tapi aku tak sanggup nak cerita dekat  dia takut merungsingkan dan memburukkan keadaan.tapi dia tetap cool walaupun waktu itu aku tahu dia perasan yang budak perempuan itu dah buang hadiah itu dalam tong sampah.memang aku salute dengan dia sebab sentiasa cool.



so hari ini genap sudah 4 tahun dia meninggalkan aku , pergi pada usia yang muda. kadang-kadang aku terasa dia ada disebelah aku sehingga  aku boleh cakap seorang-seorang. masa dia meninggal memang air mata aku sentiasa bertakung.pada waktu itu adiknya telah memberi aku  sepucuk surat yang disertakan  wang berjumlah RM 20 . dekat situ tertulis ,


khairul
Maafkan aku sebab rahsiakan penyakit aku dari  ko, waktu ini maybe aku dah tiada di dunia ini. .cuma aku tak nak risaukan ko jer.jangan lupa terus jaga 'awek' kita.kalau ko jadi cikgu jangan lupa ajar adik aku yang baby lagi tu. dekat sini aku pulangkan kembali duit yang aku hutang dengan ko. halalkan makan minum aku, segala hutang aku dengan ko. dan. terima kasih sebab


  1. sudi pinjamkan aku duit ketika family aku susah
  2. jadi kawan baik aku
  3. sudi berkawan dengan orang miskin macam aku
  4. selalu berada dengan aku susah dan senang
  5. jadi member aku paling gila
aku cuma baca surat ini dua kali sebab tiap kali aku baca surat ini confirm sebak! dan inilah sebabnya aku tidak mempunyai kawan baik  sampai sekarang sebab tiada siapa yang boleh menyamai dia kerana dia merupakan sahabat baik aku dunia dan akhirat.kalau dulu aku masih boleh ziarah pusara dan  cuci batu nisan kubur arwah.tapi dah aku dah duduk jauh hanya Al-Fatihah yang boleh aku kirimkan buat dia.

AL- FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM MOHD ZAIRUL ADHWAN


yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::terlalu banyak kenangan dengan arwah..

:: SAHABAT DUNIA DAN AKHIRAT ::

by on 10.2.11
salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian. harap korang dalam keadaan sihat walafiat. hari ini dalam aku keseronokan aku hampir te...