Resipi Pau Kari Daging Sedap Menggunakan Rempah Kari Daging Mak Siti

Dah lama sebenarnya tak turun dapur bujang untuk masak. Kadang - kadang sibuk sangat, penyudahnya beli ja. Kena pula kali ini tiba - tiba mengidam nak makan Pau Kari Daging



Selalu beli, inti mesti sikit. Penyudahnya nah, buat sendiri lagi sedap dan puas hati.  Kali ini aku nak kongsikan dengan korang rahsia resipi kari daging sedap. Sebabnya rahsia pau sedap mestilah terletak pada intinya. 

Tak sedap, tak jalan weh. Nak tahu macam mana nak bagi sedap? Gunakan saja Rempah kari Mak Siti yang diperakui sedap sejak turun - temurun lagi. Tempoh hari aku masak rendang pun gunakan rempah Mak Siti. Sedap!

One thing korang kena tahu pasal rempah kari daging Mak Siti ini, gunakan sedikit pun dah cukup. Berbaloi! Jom cuba! Aku share resipi kari daging Mak Siti  dulu ya, nanti aku update resipi untuk pau pula. 


Resipi Pau Kari Daging Mak Siti 

Bahan - bahan :

  • 1 paket rempah kari daging Mak Siti (pastikan jenama Mak Siti baru sedap)
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 4 ulas bawang merah 
  • 1 kilo daging ( kes aku ni daging tak cukup so campur sikit ayam cincang) 
  • 4 biji ubi kentang 
  • 1 tangkai daun bawang 
  • 1 tangkai daun sup 
  • 1/3 air tepung gandum yang sudah dibancuh untuk masak kari biasa tak perlu letak tiga bahan ini 
  • Sedikit gula dan garam sebagai perasa 

1. Mula - mula korang potong daging mengikut saiz kesukaan korang. Ada yang suka nipis, ada yang suka tebal. Untuk pau, seeloknya korang potong mengikut saiz tekak korang. Kalau tercekik jangan marah aku. LOL

2. Kalau rajin, rebuslah daging tadi dan jangan dibuang airnya. Nanti boleh masak sekali dengan kari

3. Segala jenis bawang dan halia  tadi dimayang halus

4. Ubi kentang pula dipotong dadu kecil - kecil








5. Panaskan api dan goreng bawang dan halia tadi sehingga naik bau



6. kemudian masukkan bancuhan rempah kari tadi bersama dengan air suam( 2 sudu kari+ 1/3 air)





7. Dah nampak macam pecah minyak sikit, korang masukkan daging dan ayam cincang dan biar dia masak sampai empuk




8. Kalau nampak kari korang macam dah kering, masukkan sedikit air lagi. 






Untuk inti pau, seeloknya dimasak separuh kering dan masukkan bancuhan air tepung gandum tadi untuk biar dia pekat.



9. Kemudian, masukkan ubi kentang, garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga ubi kentang empuk. Untuk inti pau, masukkan daun bawang dan daun sup. Dah pun siap!


Untuk bahan - bahan pau : 

Setengah kotak Tepung Pau 
Setengah Mauripan
Sedikit minyak 
Sedikit Air

  • Mula - mula masukkan tepung dan mauripan. Gaul rata 



  • Kemudian,masukkan minyak dan gaul rata


  • Masukkan air sikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh. Ulang langkah ini sehingga semua bahan sebati dan biarkan doh rehat dalam 15 minit 





  • Bulatkan doh menjadi kecil, dan masukkan inti mengikut saiznya 
  • Sedia untuk dikukus!

Mudah kan? Untuk kari daging Mak Siti, hasilnya macam dekat bawah ni la. 



Sebenarnya rempah kari daging Mak Siti ni, boleh buat macam - macam. Selain dibuat kari daging, inti pau, korang boleh pelbagaikannya. 

Contohnya macam Mama Jue, dia kongsi resipi Mee Kari Ayam menggunakan rempah kari daging Mak Siti. So ikut kreativiti korang ya!

***************

Actually kan aku baru tahu yang rempah Mak Siti ini ada aura nya yang tersendiri. Selain dari pakar dalam bidang masakan, rempah Mak Siti melalui syarikatnya,Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records -“The Largest Herbs & Spices Plantation” . Power! 





Aku pun baru tahu masa ke Majlis Berbuka Bersama Rempah Ratus Mak Siti. Banyak juga produk yang dorang ada, lebih dari 70 produk khabarnya termasuk rempah ratus ini yang kini didatangkan dalam packaging botol



  • Chili flakes 
  • Serbuk Cili 
  • Serbuk Daun Limau Purut 
  • Serbuk Halia 
  • Serbuk Lada Putih 
  • Serbuk Lada Hitam 
  • Serbuk Kayu Manis 
  • Serbuk Kunyit

Banyak kan? Malah nak dapatkan rempah ratus Mak Siti ni, senang je. Korang boleh ke pasaraya dan kedai runcit berhampiran. Confirm ada. 



One thing pasal produk rempah ratus Mak Siti ini, ianya halal dan tiada MSG  bahan pengawet, pewarna dan perisa tambahan yang lain ya. Semuanya asli, sebab itulah masakan korang menjadi sedap

So buat korang yang tak pernah guna produk Mak Siti, nak tahu kesedapannya. Silalah dapatkan sekarang dan cuba sendiri baru tahu. 



Nak tahu senarai produk Mak Siti, korang boleh rujuk pautan link di bawah ya. Selamat mencuba! 

Facebook :

Instagram :

Laman Web Rasmi :

Alamat :

Nasuha Enterprise Sdn Bhd
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar-Pagoh
84500 Muar, Johor


Telefon : 06-973 7508 / 509
Whatsapp : 017-330 9330

No comments: