Total Pageviews

FILODOXIA - Korang Wajib Tengok Ending Dia! Sedih!

Untuk korang kaki selfie, suka insta stories macam aku tak kira masa, dan addicted kepada media sosial tak kira waktu dan tempat, korang wajib tengok filem pendek ini, FILODOXIA. Sebabnya aku lepas tengok pun insaf weh 



Filem pendek yang bertemakan kempen keselamatan jalan raya atau lebih tepat lagi  “Safer Together” Keselamatan Bersama menceritakan mengenai kesan dan bahayanya penggunaan telefon bimbit.

 Bukan sahaja ketika memandu, malah korang tak akan sangka penggunaan media sosial yang terlampau ketagih pun sebenarnya membahayakan nyawa. Mesti korang tak sangka kan? 

Kalau nak tahu , filem pendek ini merupakan salah satu penyertaan PLUS MUFORS Road Reels Short. Tertengok sebabnya dengar latar belakang muzik filem ini pun macam suspen pastu tertengok sampai habis. Fuhh insaf kejap. Sebab itu korang kena tengok

Sinopsis FILODOXIA 

Filem pendek ini mengisahkan seorang lelaki yang baru sahaja memulakan kerja ditempat baru dan setiap kisahnya akan direkodkan untuk dikongsi di media sosial tanpa kira waktu dan tempat termasuklah pada hari pertama beliau bekerja. Tanpa disedari perbuatannya tu bukan sahaja membahayakan dirinya tetapi juga orang sekeliling. 


Mesti tertanya - tanya siapakah pengarah dan pelakonnya, FILODOXIA merupakan sebuah filem pendek idea asal dan arahan oleh Syahiran Sukardi,dan dibintangi oleh Dhiya Aizat sebagai watak utama. 

Tak famous pun, tapi diorang berjaya membawa filem ini dengan baik. Tahniah! Korang memang patut menang. Aku dah undi banyak- banyak. 

Untuk korang yang nak undi diorang pun boleh, caranya cuma ke link: 


 dan cari filem FILODOXIA. Setiap orang boleh undi 5 tau setiap hari, Dan esok last day! 


Lepas tu cari Filodoxia dan klik vote

Dia akan keluar macam ni nanti, dan click connect with facebook 

So cepat vote.Nak tahu apakah ending filem ini kena undi dan tengok sampai habis!


Awas! Jangan leka bermain telefon bimbit sehingga membahayakan nyawa korang! 

1 comment:

Nisa said...

Phone should be banned, especially when it comes to driving. Hands-free phones can also be a distraction and you will risk prosecution for not having proper control of the vehicle when using one, kan.