Total Pageviews

Tempat Berbuka Puasa 2017 : Aneka Makanan Melayu Dari D'Saji

Nak makan sajian melayu asli? Nak makan makanan melayu yang sedap di bulan Ramadan ini? Apa kata pilih saja untuk berbuka di D'Saji kerana pada bulan Ramadan ini korang boleh pilih 6 lokasi berbeza milik Felda D'Saji 




Baru - baru ini, aku berkesempatan untuk ke majlis preview buffet Ramadan D'Saji bersama media di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Pada tempoh hari, kesemua menu tarikan di 5 lokasi untuk berbuka milik Felda D'Saji telah digabungkan. 

5 lokasi tersebut adalah 

  1. Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak
  2. Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa, Tasik Titiwangsa
  3. Kajang Perdana Avenue, Kajang
  4. Red Carpet Avenue, Strand Mall Kota Damansara 
  5. Orchard Villa, Jalan Gombak 
Makanan - makanan di D'Saji memang diakui sedap dan berpatutan sejak dari dulu lagi. Tidak hairanlah, katering D'Saji sering kali menjadi pilihan sebagai katerer majlis perkahwinan 


kuih nona yang viral pun ada !



Dalam majlis preview yang diadakan secara besar-besaran ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Shahrir Bin Abdul Samat, Pengerusi Kumpulan FELDA dan turut dihadiri Y.Bhg Datuk Haji Abd Ghani Mohd Ali, Pemangku Pengarah Besar FELDA, Ahli - ahli Lembaga FELDA, Ahli - ahli lembaga Koperasi Permodalan FELDA serta pengurusan kanan Kumpulan FELDA, FGV , Jabatan Kerajaan dan korporat lain.





Memang meriah makan - makan yang ada di lokasi D'Saji. Namakan saja, nak makan seafood , makanan timur, barat atau mediteranean? Korang boleh makan Orchard Villa, Jalan Gombak  atau di Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa, Tasik Titiwangsa 





Nak makan masakan melayu di seluruh pelusuk Malaysia? Sila ke Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kajang Perdana Avenue, Kajang atau di Red Carpet Avenue, Strand Mall Kota Damansara yang bakal disediakan oleh Chef Ismail yang sememangnya berpengalaman dalam menyediakan makanan melayu asli yang sedap 










Sempena awal ramadan ini, YB Pengerusi Felda telah mengumumkan potongan 50% harga kepada pelanggan yang berbuka di sini selama 3 hari bermula 27 Mei hingga 29 Mei. Diskaun untuk warga emas pun ada tau! 


Harga Buffet Ramadan 

Dewan Perdana Felda 

Dewasa = RM78+
Kanak - Kanak = RM45+

Contact Person
Pn Emilda : 017 - 288 6920
Cik Azizah: 019 - 282 2933

Kajang Perdana Venue 

Dewasa = RM49+
Kanak - kanak = RM29+

Contact Person
En Azan : 014 - 338 8794 
Pn Nadia: 019 - 295 6232
 
Red Carpet Avenue 

Dewasa = RM 39+
Kanak - kanak = RM23+

Contact Person
Cik Hidayu :012 - 921 4691 
Pn Nurul : 019 - 242 4775 

Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa 

Dewasa = RM 79+
Kanak - kanak = RM39+

Contact : 03 - 402 100 98 

Orchard Villa 

Dewasa = RM 37+
Kanak - kanak = RM22+

Contact : 03 - 402 100 98 

So untuk korang yang ingin berbuka disini dan maklumat lanjut jangan lupa hubungi 03- 26988302 atau email ke salesdsaji@felda.net.my 

1 comment:

Sally Samsaiman said...

Kat mana-mana pun, menu kambing golek mmg menjadi tarikan...dan tahun ini sekali lagi kambing golek menjadi tarikan dalam menu buffet Ramadhan di D'Saji pulak!

Sally ni pulak jenis malas nak beratur kalau bab makan ni..tapi kalau kambing, daripada malas pun terus jadi rajin! hahaha!